Wednesday, November 9, 2011

TRAGEDI AIDILADHA

Dah empat hari blog ni sunyi sepi dari sebarang entry bukannya apa,sya teramat la sibuk dan tersangat lah letih memandangkan anak yang ketiga dan si kecik baru je keluar hospital.

Sambutan aidiladha pun tak semeriah seperti selalu walau rumah mertua tumbangkan 4 ekor lembu,sya beraya di hospital jer.Aidiladha kali ni yang paling pahit sya rasakan.

Untuk pengetahuan semua anak-anak sya yang ketiga dan keempat terminum coolent mesin(ethylene glycol) kat rumah my mil.huhuhu.
Betapa macam gelap dunia sya rasa kan masa tu,semuanya secara tak sengaja.tak ada salah sapa-sapa pun dalam hal ni,tapi bila dah ramai-ramai masa korban hari tu,ada pulak yang keluarkan cecair tu yang warnanya serupa sangat macam air teh.

     

tak tahu nak gambarkan macamna lagi perasaan sya masa tu.ngeri bila fikirkan cecair kimia tu dah masuk kedalam perut anak,bila bawa  ke hospital,lagi la sayu tengok proses nak keluarkan balik cecair tu dari perut mereka,tiub di masukkan melalui hidung beserta ubat,bayangkan la time tu anak2 minta tolong pada  sya agar jangan  jolokkan tiub tu dalam hidung mereka terutamanya si kecikyang tak tahu apa2,badan tangan dan kaki di ikat gulung dalam selimut agar tak meronta- ronta.Ya Allah betapa sya tak dapat menahan air mata tengok keadaan mereka.

Selepas di masukkan tiub dalam hidung,si kecik mula muntah-muntah sampai lembik,namun si abang yang ketiga tak muntah,sebelah lagi tangan di dripkan  air.Time tu bila tengok anak-anak dah lembik sya memang dah tak tahu nak kata apa dah sambil pangku anak2 sambil nangis je.

Kes anak-anak di rujuk pada pusat racun negara,dan mereka nasihatkan doktor n nurse yang bertugas agar memantau perkembangan anak-anak selama 48jam,takut-takut ada efect kat darah,jantung otak dan buah pinggang.sambil tu ubat di masukkan melalui air yang di dripkan.Najis dan air kencing akan di timbang selalu,bagi memastikan tak da efect pada ginjal,setiap awal pagi dan malam darah akan di ambil untuk diperiksa agar cecair tu tak masuk dalam darah.huhuhuhu betapa sedihnya dengar anak-anak meraung tiap kali darah di ambil.

Namun Alhamdulillah,setelah tempoh 48jam pemantauan berakhir,mereka di benarkan keluar,gembira nya hati sya bila tengok dorang dah aktif kembali.kelmarin balik kerumah.lega rasa hati.Lepas ni kena bagi perhatian super lebih kat anak-anak yang aktif-aktif belaka ni.

walaupun sakit tapi muka dia tetap ceria,masa ni baru lepas buang tiub dari hidung,

baru lepas ambik darah

si kecik ni sentiasa merengek akibat takut sangat dengan jarum

sepanjang masa kat hospital tak berenggang dari sya,masa ni baru je lepas amk darah.


Ini la peristiwa yang paling pahit sya rasakan,bila tengok 2 orang anak terlantar kat hospital,andai kata kesakitan yang mereka alami tu boleh berpindah pada diri sya,sya sanggup.Nanti sya buat entry pasal korban pulak,pic ada dalam draf,tapi nak tulis dah tak larat dah,2 hari tak dapat tidur dengan sempurna.

16 comments:

Yaya Azura said...

Alhamdulillah anak2 semua dah selamat..

tapi cecair yg dorang terminum tu racun apa?

eB said...

uish berderau drh eB bacer... eB doakan dari jauh yer... tc sumer...

WuMing said...

Ishh..... bahaya betul..... Racun tak boleh di simpan di dalam bekas minuman, atau tempat yang terlalu terdedah....

Harap--harap dia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...

misya said...

tq eb

yaya cecair tu macam minyak,tapi kalau terlebih minum boleh jadi racun,minyak yang letak kat komponen barang kilang tu

Unknown said...

eeeiii bahayanya..itulah kanak-kanak ni bukan tau apa mcm abah hp anak abah dia rendam dlm air, semua benda dia nak msk mulut..moga cepat sembuh

Unknown said...

Alhamdulillah..ibu mana lah tak sedih kalau tengok anak kena cucuk kena buat mcm tu..memang nak kena hati2 dengan benda2 macam tu..

ZianaRazali said...

masyaallah..kesiannya anak2 k.sya..dorang tersalah ingatkan air teh lah yer..huhu..mujur dah dapat keluar..harap2 xder effect apa2 lah lepas ni..

cheqna said...

ya allah..cheqna baca pun ngeri
tapi syukur alhamdulillah anak2 semua selamat

ajumohit said...

Kak meremang bulu Roma saya, kesiannya anak2 Akak. Semoga mereka sembuh Dan pulih sediakala.. Mcmana bleh terminum tu kak?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

allah2...seriyaunya baca N3 ni sya...moga2 ank2 cepat2 semboh ye...

lizz said...

bahayer nyer...kekadang mender yang macam ni terjadi tak dijangka ...semoga cepat sembuh

misya said...

tq semua sebab doakan anak2 sya.

aju dorang sangkakan tu air teh sebab warna sama

suwara entertainment said...

ya Allah..betapa besar dugaan bila dh bergelar ibu ni kan..akak sabar ye..semoga anak akak cepat sembuh..

Irfa said...

RACUN TU UTK APA SEBENARNYA?
YA ALLAH.MENGUCAP PANJANG SAYA.
MUJURLAH TAKDE APA2..

emarieys said...

takutnya...kena lebih berhati-hati..\

panjang umur diaorang

Myra Jay said...

Aduhh kak Sya, meremang bulu roma baca pasal anak2 kak sya..

Mujuq diorang tak de pape, tapi memang kesian kan bila tgk anak2 masa kat spital camtu..