Tuesday, August 9, 2011

KHASIAT SEBIJI EPAL

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.


Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.


Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

sumber:email

      [apple.jpg]                   

PUASA MENGIKAT KASIH KELUARGA?

Kalau begitu besar manfaatnya bepuasa selain  dari ganjaran pahala yang di kurniakan oleh Allah,betul ke puasa boleh mengikat kasih sayang keluarga?jom tgk  faktanya.

PUASA MENGAJAR ERTI KESABARAN
puasa merupakan kaedah yang terbaik untuk mengawal dan mendisiplinkan diri,jiga melahirkan manusia yang cekal dan tabah.kerana itu orang yang berpuasa apabila marah akan diam,sabar,so dengan berpuasa tidak akan tercetus konflik dalam keluarga kerana semuanya wajib menjaga tatasusila ketika berpuasa.

PUASA MENGAJAR ERTI KELEMBUTAN
orang yang berpuasa akan sedaya upaya mengawal rasa marah,suami akan jadi lebih prihatin,isteri semakin halus sentuhan dan kata-katanya,anak-anak mudah di tundukkan dengan kasih sayang,saat berpuasa kita akan merasai apa yang di rasai oleh fakir miskin,bagaimana kita dapat dekatkan lagi keluarga dengan berkongsi kesabaran,suasana rumah semakin ceria apabila bersama-sama meluangkan masa  berbuka ,bertarawih,bertadarus dan bersahur.

Monday, August 8, 2011

CARA ATASI BAYI KEMBUNG PERUT

Sesiapa yang punya anak kecil atau pun yang baru lahir mesti susahkan nak menjaga nya terutama sekali baby ni cepat di serang kembung perut.Di sini sya nak kongsikan cara nak atasi kembung perut di kalangan baby.

1-selepas baby mandi,tuamkan perut baby,bermula dari pusat dan bahagian ari-ari dengan daun sirih yang di layur atas tudung periuk panas.

2-boleh juga tuam perut baby dengan herba-herba yang diikat dalam kain.

3-setiap kali lepas tuam, sapukan minyak baby di bahagian pelipat kaki,tapak kaki baby,pelipat tangan baby,dan belakang pinggang baby.

4-sendawakan baby setiap kali selepas dia menyusu,ini dapat menbuang angin dalam badan.Tepuk perlahan-lahan belakang baby sehingga baby sendawa.

                 

MODEL MUSLIMAH

Sejak dua tiga menjak ni si kecik tu dah macam model lagaknya,segala peralatan solek,baju-baju kakak,dan tudung sya dan kakaknya nak di cuba,macam-macam la gelagatnya,sampai tergelak sya.

jom tengok sikit model muslimah kecik ni melaram dengan tudung-tudung.
memula duduk dalam bakul

keluar dari raga dan sempat lagi tersenyum

pose 1

wajah yang ceria jer bila dapat melaram dengan tudung,

macam perangai kakak dulu-dulu suka sangat lah melaram,anak pompuan la katakan.