Thursday, April 12, 2012

KHASIAT LOBAK MERAH


Lobak  mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu, lobak mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah :

1. Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.

2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).

3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.

4. Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.

5. Lobak juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus lobak untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

4 comments:

Norzie said...

Nice info...tq for sharing.

Myra Jay said...

Myra suka makan keret, kalau nak masak ke sesambil je gigit ha ;)

Unknown said...

anak abah suka sangat lobak ni..suka makan mentah-mentah

insan marhaen said...

izinkan IM buat pautan info ini ke blog IM.