Friday, September 23, 2011

MEREDAKAN PANAS BADAN

Sya nak kongsi petua dengan kawan-kawan semua,cara nak redakan panasbadan,terutama sekali pada kanak-kanak yang demam,selalunya kalau nak redakan panas badan ada yang gunakan asam jawa dan daun bunga raya,tapi kali ni nak redakan panas badan dengan daun belimbing buluh.

Mula-mula ambil daun belimbing buluh,ikut suka kuantiti lah nak banyak mana,leraikan dari rantingnyer,lagi banyak lagi bagus tau,kemudian masukkan ke dalam blander,dan masukkan air,blend daun tadi,tapi jangan sampai hancur.

Kemudian,tuangkan daun yang dah di blender tadi dalam baldi atau besen besar,mula-mula mandi dengan air biasa,kemudian baru mandi dengan air daun tadi,mandi dari kaki kemudian naik ke atas.

Daun belimbing buluh juga dapat merawat simptom cacing tau,caranya macam tadi,blenderkan,masukkan dalam besen,ketuk bawang putih 2 ulas dan campurkan dalam air daun tadi kemudian mandikan.insyaallah.

     
                      

TEMPAT KEGEMARAN ANAK-ANAK

Yang ni bukan tempat kegemaran yang outdoor yer,yang ni tempat kegemaran anak-anak sya sebelum,ke sekolah,dan selepas balik sekolah.

Ini lah tempat anak-anak sya habiskan masa lapang mereka,dengan satu pc,fan,wifi,,tapi wifi tu anak-anak tak usik pun,anak-anak bukan tahu pun keguanaannya untuk apa,ibunya la yang lebih-lebih,menulis blog.

Bilik ni sentiasa perlu di jaga rapi,maklum lah anak sya akan masukkan segala jenis makanan kat sini,dan apa lagi bersepah lah,yang boleh mengundang kehadiran semut-semut memeriahkan keadaan,so bilik ni memang dalam sehari dalam 4-5 kali sya akan sapu dan mop.


Itu untuk keselesaan anak-anak,dorang akan dok dalam ni main game,sampai dah tak larat nak main,adakalanya sampai tertidur di sini,sedia maklumkan,rumah sya teres setingkat yang mempunyai 3 bilik,so bilik yang kat dapur tu la di jadikan markas budak-budak tu untuk mainan game kat computer,kadang-kadang tempat ni la yang paling sya tension nak bersihkan,yer la pelbagai khazanah sisa makanan yang anak-anak tinggalkan.

Thursday, September 22, 2011

STRESS BAHAYA PADA WANITA

Rasanya setiap orang mengalami stress saban waktu,tidak kira bekerja atau tidak,semua wanita mengalaminya,mungkin penyebab pada wanita seperti persekitaran sekeliling,hubungan keluarga,anak dan mungkin juga tempat kerja.Jika tidak di tangani,boleh menyebabkan penyakit mental.

jom kita tengok tanda-tanda dan gejala-gejalanya.

gejala kognitif
-masalah ingatan(mudah lupa)
-sukar beri tumpuan
-kurang daya penilaian
-suka fikir yang negatif
-sentiasa berasa bimbang dan keliru
-selalu di kuasai rasa risau.

gejala emosi
-rasa sakit dan lenguh-lenguh badan
-cirit-birit dan sembelit
-selalu sakit dada dan degupan jantung laju
-selalu selsema

gejala tingkah laku
-letih dan kurang selera makan
-letih dan kurang tidur
-mengasingkan diri dari orang lain
-mengabaikan tanggungjawab

itu di antara gejala-gejala stress yer kawan-kawan,so jangan lah ambil lewa stress ni,ia akan memudaratkan kita,banyak-banyakkan beristigfar dan menenangkan fikiran kita.

MACAM-MACAM RAGAM

Seawal pukul 5 pagi dah ke dapur untuk menyediakan sarapan dan bekalan untuk anak-anak.Hari ni sya masak mee goreng untuk sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah,tak nak masak nasi lagi memandangkan selalunya anak-anak bawak bekalan nasi ke sekolah setiap hari.

Sya tak nak anak-anak jemu,so hari ni sya masak la yang berlainan sikit,namun apakan daya seawal pukul 6,anak-anak dah bangun dan bila jer terlihat sya tengah menbungkus mee goreng untuk bekalan mereka,masing-masing tak mau bawak mee ke sekolah,masing-masing request nak nasi.

Terpaksa la sya bersilat di dapur dengan pantasnya untuk anak-anak,masak nasik dan buatkan masak kicap ayam untuk bekalan,tapi yang ke dua, nak masak kicap telur,manakala yang ketiga nak sambal ikan bilis,aduhh,kena turutkan juga,kalau tak tak nak ke sekolah.

.
mee goreng?xnak,itu lah jawapan kedua-dua anak lelaki sya


sehingga pukul 7 baru habis memasak,terus start motor hantar yang sulung ke sekolah,macam-macam karenah anak-anak  ni,boleh hilang sabar dibuatnya.1 anak 1 ragam,4 oarang nak 4 ragam,tension oo