Tuesday, September 20, 2011

REKAAN SENDIRI

Hari tu anak saudara sepupu bernikah,sya sempat lah buat hantaran untuknya,nak kata sya ni pandai tak lah sangat.tapi sya nak tunjuk la pada kawan-kawan apa yang sya buat,sila bagi komen yer untuk sya memperbaiki di masa yang akan datang.
ini diantara bahan-bahannya,span nipis,gula-gula gunting dan gam

ini belum jadi lagi,baru separuh jalan.

tadaaa.. dah jadi

ok tak kawan-kawan?


sila lah komen,untuk sya memperbaiki hasil kerja sya yer,

Monday, September 19, 2011

DAUN KARI TAHAN LAMA

Pada yang suka sangat makan kari tu sya nak kongsikan lah cara nak simpan daun kari supaya tahan lama,yer la kan kalau dok kawasan perumahan taman ni,susah nak dapat daun kari ni,kadang-kadang jenuh mencari,kalau tanam dalam pasu belum tentu naiknya.

Mula-mula,ambik daun kari,leraikan dari tangkainya,masukkan dalam satu bekas yang kedap udara macam tupperware ke,pastu tutup kejap-kejap yer,simpan dalam peti ais,insyaallah daun kari akan tahan lama,

ringkas jer kan,tapi berguna buat suri-surirumah yang nak memasak di dapur.Tak payah la terkejar-kejar nak cari daun kari lagi.
selamat mencuba

BEST TEMPAT NI

Sya ni peminat bunga-bungaan,masa dok dengan mil dulu,hubby ada buat bisnes jual bunga hidup hiasan,sekarang bila dok rumah sendiri dah tak buat dah,bisnes tu tinggalkan kat mil jer,kelmarin berkesempatan la pergi terjah kedai bunga hidup hiasan yang sya selalu pergi dulu.

Terletak kat Jalan Badak Mati sungai Bakap,lama dah tak jenguk sini,dah macam-macam perubahan ada,lagi bertambah besar dan cantik tempat ni.
cantik kan tempat ni,best jer dok sini,dengan air terjun buatan lagi,cantiknya

pasu -pasu hiasan untuk di jual,dulu sya selalu beli pasu bunga kat sini,bebtuk-bentuk pasu bunga ni unik-unik.

pokok kaktus yang berbunga,comel betul la tengok pokok kaktus ni

ni pokok bunga loceng,selalu tengok yang tanam dalam pasu jer,kecik-kecik yang ni besar dan tinggi.

ni bunga nya kaler pun cantik,jarang jumpawarna bunga ni.


salah satu tempat kegemaran sya dulu di sini la,bila tengok pokok-pokok bunga tu berbunga cantik rasa tenang jer

Sunday, September 18, 2011

ENTRY DI HARI MINGGU

selamat hari minggu semua,sya rasa mesti kawan-kawan banyak plan nak menghabiskan cuti bersama orang yang tersayang di hari minggu ni kan,selamat bercuti dan bergembira.

Hari minggu kali ni la sya dapat bersiaran kat rumah, kalau tak, sekarang ni masih lagi kat kampung atau pun memenuhkan aktiviti hari minggu bersama anak-anak,tapi hari ni semua berada di rumah kecuali incik husben yang pergi memancing hari ni.

Sya dengan anak -anak terpaksa di rumah je,memandangkan kereta dah masuk workshop untuk di cat semula,so selama 2 minggu ni terpaksa la merempit(naik motor) menghantar anak-anak ke sekolah,best,best,selalu asyik naik kereta jer sekali sekala naik motor ni memang best la,teringat waktu solo dolu-dolu,hehehe.

Harap anak-anak tak kisah la terpaksa berpanas hujan selama 2 minggu ni,biar dorang rasa pulak macamna kehidupan tanpa berkereta dan bersyukur dengan apa yang ada.

Pada yang ada aktiviti harini,berhati-hati dan jaga diri selalu yer,semoga kawan-kawan di lindungi oleh yang esa.