Tuesday, July 19, 2011

SENGAL PAGI-PAGI SELASA

Hai apa khabar kawan-kawan semua?sehari kelmarin tak dapat berinternet ,lappy wat hal,asyik cannot access jer tension betul,punya la rindu pada kawan-kawan semua,harap semuanya sihat.

Wah pagi-pagi ni sya dah sengal la,tak tau la kenapa,apa yang sya fikir pun tak tau,masuk bilik air tadi,tengah dok kalut-kalut,lepas siap bekalan anak-anak terus la ke bilik air untuk mandi dan sembahyang subuh,memula buka air lepas tu terus capai berus gigi dan ubat gigi nak gosok gigi.

lepas tu terus la gosok gigi sebab nak cepat nak kejutkan anak pertama kesekolah,tiba-tiba,'eh kenapa rasa lain macam ja ubat gigi ni yer,selalu dingin berpudina,tapi hari ni ni rasa lain jer,mulut pun banyak buih',rupa-rupanya sya gosok gigi guna pencuci muka la.Ya Allah apa la sengal sangat hari ni.

Mau nya tak gelak sorang-sorang tak lama lagi mesti gigi dah tak naik jerawat dah kalau selalu silap buat macam ni.huhu.
Tengok jauh beza kan cleanser dengan ubat gigi apa la sengal sangat kan.dapatlah merasa jugak ubat gigi berperisa sabun.kahkahkah

Sunday, July 17, 2011

ENTRY PENDEK

Hari ni kenduri arwah rumah mertua sya,sya bz la memang tak sempat nak buat entry panjang2.ni pun curi-curi sikit jer taip entry ni.

orang dah makin ramai,anak-anak sya dah ligat dah,maklum la ramai kawan,nanti sya buat entry tentang kenduri ni yer.

Saturday, July 16, 2011

SEDAP

Wah dekat waktu makan dah ni,panas la cuaca harini,semalm hujan hari ni panas la,sy tengah tunggu anak sya beli cendol pulut ni,kawan-kawan nak tak?

Cendol kat sini sedap tau,cendol pun banyak,ada pulut lebih.
Ha ni gerai cendolnyer,kalau datang kat sini pukul 4 ptg make sure tak sempat beli cendol ni,cepat habis

cendol yang sya suruh anak bungkuskan cepat cair tau,kalau dapat makan kat situ lagi best
Tapi kalau dapat yang macam ni huh terbaeek wooo,




WAJAR TAK PUKUL ANAK?

Kawan-kawan,sya nak tanya la,wajar tak kita pukul anak kalau anak buat satu-satu kesalahan?sya tak pernah pukul anak,tapi jiran-jiran selalu la sya dengar,anak buat salah sikit mesti pukul.

Pada pendapat sya tak wajar la memukul anak hanya kerana kesalahan kecil yang dia lakukan,takkan la sampai nak memukul pulak kan lain la kalau dia buat kesalahan yang besar.Sya ni bising mulut jer,pukul teruk-teruk tak pernah la,habis-habis geram pun cubit jer.

Bukan pe,tak sampai hati lak main pukul-pukul ni kan,sian tengok anak-anak kena pukul,tambah-tambah lagi lepas kena pukul terus tido lagi la kesian.tapi mak sya dulu memang garang orangnya,salah sikit mesti rotan sampai sya pun takut,sya pernah berjanji dengan diri yang tak nak pukul anak-anak.

Agak-agak kan,tak perlu pukul anak-anak,just nasihat dulu,then tak dengar jugakcubit jer la.Tapi kadang-kadang orang kata lebih baik pukul dari bising mulut,betul ke?