Thursday, July 7, 2011

PERMINTAAN ANAK-ANAK

Hari ni anak-anak cuti hari arisan sedunia,semua nya ada kat rumah,dah macam nak tunggang terbalik dah rumah,anak-anak minta nak makan macam-macam hari ni.

Memandangkan hari ni jer la dapat berkumpul dengan mereka sya turutkan jer la apa yang mereka nak makan.yang si kakak minta kuewtiau sup,dan si adik pulak mintak ayam goreng serai,tak pe sya turut kan jer la.bukan minta yang bukan-bukan pun.


ni menu permintaan daria nak yang kedua dan ketiga,ayam goreng serai,senang jer buat ayam goreng serai ni,cuma ayam perap dengan kunyit,garam,serai jintan manis,baang merah dan bawang putih,kemudian gaulkan pada ayam,pastu pukul telur dan tuang atas ayam dan bahan tadi,kemudian goreng,kalau perap lagi lama lagi sedap.


yang ni biasa la permintaan anak yang sulung,sya pun dah lama tak buat kuetiaw sup ni,memang kegemaran sya ni.

KALAU MAKAN MESTI PANAS BADAN


Kawan-kawan suka makan durian tak,mesti ramai yang suka kan,sya sangat suka dengan buah durian ni,sekarang musim durian  tau,wah ramai yang jual durian ni kat tepi-tepi jalan,kalau kat penang ni area yang paling popular tentula durian balik pulau yang mana isinya memang terbaeeeeeeek la.

Sebut pasal durian ni dulu sya dapat maka durian ni,4 biji  durian seorang diri,my huby gelarkan sya hantu durian,tiap kali musim durian kat kg huby,mertua sya akan kirimkan durian ni sebanyak-banyaknya tau,sekarang anak sya yang no 3 ikut jejak sya suka makan durian.

sekarang sya tak boleh makan durian lebih dah setakat 2-3 ulas jer,bila lebih dari tu badan akan mula panas,pening lepala,mulut serta merta jadi kering dan pecah-pecah,huhu,rugi tau.pernah gak sya g klinik check mana lah tahu ada darah tinggi ke,tapi alhamdulillah,cuma sya tak bole makan durian dalam kuantiti yang banyak,huhu,rugikan?

Wednesday, July 6, 2011

AKHIRNYA JATUH JUGA

Ni cerita kelmarin la,kenapa la anak-anak terlampau sangat buat perangai tak tahu la, tambah sya yang terlalu penat kehulu,kehilir menambah kan sebak lagi di dada.

Bermula dengan pagi-pagi lagi,anak kedua sya dan anak ketiga sya dah mula buat perangai,mula dari berebut roti ja akhirnya terus bergaduh,baling bantal dan kain yang dah di lipat .owh masih ada kesabaran lagi masa n,sya kemaskan cepat-cepat,susunkan terus mandikan dorang untuk ke sekolah.



Sampai di taski baru sedar yang anak ketiga tak bawa kasut,huhu,sya perlu ke pejabat pos segera,sebab nak renew roadtax motor my huby,sampai jer orang ramai penat menanti,abis je urusan,terus balik rumah kejap ambil kasut dan terus ke taski.after that terus ke sekolah anak sya yang sulung untuk sain report card,ah ramai nyer ibu-bapa yang datang,lama gak tunggu giliran.

Setelah dengar penerangan dan ambil report card,trus pulak ke taski untuk ambik anak-anak.Sampai jer rumah,bagi dorang makan,masa ni la dorang buat perangai yang betul-betul meguji kesabaran,yang kedua menarik selimut  dalam bilik,yang ketiga tarik cadar dan langsir huhu,dah la time tu tangan penuh dengan nasi sebab dorang makan nasi,pa lagi,kotor cadar dan langsir,tak pa sya bukak cadar  dan langsir masukkan dalam mesin basuh,dan basuh belum nak marah lagi.


Bila tengah letak sabun dalam washing mesin tu,tiba-tiba yang kedua panggil,ibu,baby berak dalam bilik,huhu,turus dapatkan si kecik dan memang betul dia berak dalam bilik sya,dah la bilik selalu di gunakan untuk bersolat,huhu,bekerja lagi,bersihkan najis,lap bersih-bersih dan keringkan,baru sibuk bersihkan bilik pranggggggg tiba-tiba bunyi pinggan jatuh pulak,adeh laaa tak sempat nak habis bersihkan yang kat dalam bilik, yang kat luar dah pecah pinggan.Bersihkan pnggan dan kaca-kaca dulu,sekali si kecik selerakkan mainan,huhuu penat la.akhirnya menitis juga air mata ini depan anak-anak.



Selama ni cuba bersabar,akhirnya tak dapat dah,huhuhu,penatnyer,tuhan jer yang tahu.Anak-anak semua diam jer rasa bersalah la tu,sampai hari ini sya masih lagi mendiamkan diri dengan mereka biar dorang tahu ibu dorang marah.hehehehe

CARA NAK TAJAMKAN PENGISAR A.K.A BLENDER

pengisar kalau sentiasa di gunakan akan cepat tumpul matanya,ada yang mengambil alternatif menggantikan mata pengisar yang tumpul itu dengan yang baru.

Macam sya selalu gunakan pengisar untuk pelbagai bahan-bahan rempah ratus,boleh di katakan dalam seminggu 3-4 kali menggunakan pengisar tersebut.

Ha jom tengok cara nak tajamkan balik mata pengisar yang dah tumpul,senang la sikit kan kita nak berjimat dari membeli mata pengisar yang baru.

mula-mula masukkan ais kiub kedalam pengisar,kemudian kisarkan ais tersebut,kira-kira 10 minit,mata pengisar akan tajam semula.sya pernah cuba memang  berhasil,lagi satu caranya,ambil hampas kelapa,kisarkan hampas tadi tanpa perlu tambah air,sehingga 10 minit,kemudian bilas,mata pengisar akan jadi tajam semula.