Monday, January 2, 2012

KENAPA MESTI MENGHARGAI ISTERI

1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).



2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.



3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.



4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.



5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.



6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.



7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.


Friday, December 30, 2011

GAMBAR AWAN PELIK

kejadian awan niberlaku kat laur negara,cuba kawan-kawan tengok bentuk apa awan tu

subhanallah betapa agungnya ciptaan tuhan

yang ni bentuk awan yang berlaku kat segamat johor baru-baru ni,takut sya tengok,kalau di pandang betul-betul macam ombak tsunami jer.

MANFAAT SERAI

SERAI memang sejenis tumbuh-tumbuhan yang amat banyak khasiatnya. Selain untuk masakan, serai juga mempunyai khasiat perubatan.
Antara khasiatnya adalah seperti berikut:
• Merawat Sesak Nafas
1. 10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan dua gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah.
2. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran satu gelas airnya. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum.
3. Sebaiknya, lakukan ini tiga kali seminggu.

• Lawaskan kencing
1. Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama empat gelas air.
2. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran dua gelas.
3. Setelah suam, air rebusan ini diminum dua kali sehari.

• Merendahkan Kolesterol
1. Tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik dan direbus.
2. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan malam.
3. Dalam beberapa minggu sahaja, paras kolesterol dalam badan akan berkurangan, InsyaAllah.

Thursday, December 29, 2011

SAYU HATI

Pagi-pagi khamis ni dah rasa sedih dan sayu jer,tadi ada terbaca status sorang adik ni kat fb,baru jer 44 hari kehilangan insan yang paling dia sayangi iaitu ibunya,sedih betul la.

Seminggu lepas ibunya menghadap ilahi ayahnya pula meninggal,ibu dan ayahnya dah berpisah,dia tinggal bersama ibunya,sedihnya,sekarang dia dah jadi anak yatim piatu.Dah la dia yang paling bongsu,dan sekarang hanya menumpang kasih pada abang dan kakaknya saja

Dia nyatakan dia amat sunyi dan tertekan sebab kehilangan arwah ibu yang tersayang,semoga adik ni akan terus tabah,sya tahu dia seorang yang tabah,coz kami pernah bersua masa perkahwinan adik,tp dari raut wajahnya nampak ceria,namun hatinya siapa yang tahu

Memang sedih bila kita kehilangan seseorang yang teramat kita sayang,buat Farra kak sya harap selalu tabah yer,Allah sentiasa bersama kita,Alfatihah untuk arwah ibu dan ayah  Farra.