Saturday, July 23, 2011

LUNCH TENGAHARI TADI

Semua dah makan tengah hari ke belum yang dah makan tu Alhamdulillah,pada yang baru nak menjamu selera tu selamat menjamu selera,sya tengahari ni masak yang ni jer.
ayam goreng untuk anak-anak,celup jer ayam dalam tepung goreng ayam,senang

sambal udang untuk my hubby,dia ni kena ada kuah yang pedas sikit

ini sotong goreng tepung yang tak berapa menjadi sangat,tapibole la kalau nak makan,mood masak tak berapa ada arini.

TELUR PUYUH TAMBAH DARAH

Rasanya sya pernah buat entry ni kot,ntah la dah lupa la ,tapi tak pa kalau dah buat repeat sekali lagi terutama sekali pada kawan-kawan kita yang tengah preggy tu,

Kalau kawan-kawan ada masalah darah rendah,hb rendah cuba lah makan telur burung puyuh yang di rebus 2 biji setiap hari,amalkan sehingga nak buat checkup yang berikutnya tau,Insyaallah berkesan.
                  
sya pernah cuba tau,masa tu preggy anak yang kecik tu,asyik pitam jer,tak kira masa dan tempat kadang tengah sujud sembahyang tiba-tiba jer tak sedar diri,ada sorang kakak tu yang syorkan sya makan telur burung puyuh ni,Alhamdulillah,lepas makan darah kembali ok.cuba lah.

Friday, July 22, 2011

WAJIK


Ha kalau tengok pada gambar macam gula-gula pun ada kan,ini wajik,kalau belah utara ni panggil pulut kacau,selalu warna dia koko hitam tapi sya buat guna gula putih,jadi putih la letak sikit pewarna merah bagi cantik. jom tengok resepi wajik ni.tapi sukatan dia guna gram yer sebab sya timbang semua ni.

wajik
1kg beras pulut
750 gram gula pasir
500 gram santan pekat
200ml air

cara
-pulut direndam satu malam dan kukus selama 30 minit
-sejukkan pulut selama 3 jam
-masak gula dalam200ml air hingga pekat sedikit dan tapis
-masukkan pulut kukus tadi kacau hingga rata
-kacau sampai kering.

ha senang tak buat wajik ni,cuma remeh sikit sebab kena kacau atas api lama.

SEBAB-SEBAB ANAK MENGAMUK ATAU MEMBERONTAK

Kadang-kadang perangai anak-anak ni kita tak terduga kan,macam-macam mereka buat yang kadangkala menguji kesabaran kita sebagai ibu dan bapa.Naik pening kepala melayan karenah dorang ni.Mungkin sebab-sebab berikut juga boleh buatkan anak-anak jadi begitu.

LAPAR DAN LETIH
-Kanak-kanak akan bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar dab letih,untuk mengelakkan situasi tersebut,sentiasa menyediakan makanan untuk mereka agar mereka tidak mengamuk.

KEKURANGAN AKTIVITI
-Ketiadaan aktiviti yang di buat dalam tempoh yang lama akan membuatkan anak bersikap memberontak juga,Mereka akan membuat apa jua perkara yang terlintas di fikiran mereka yang kadang-kadang tindakan mereka membuatkan kita marah dan tak puas hati,oleh itu cuba sedikan bahan-bahan yang boleh melekakan mereka seperti buku teka-teki,buku cerita,buku warna,mainan untuk meredakan ketegangan ketika menunggu.

MENGAMUK UNTUK PERHATIAN
-Dengan cara ini lah mereka menuntut perhatian dari kita,jika kita buat tak tahu jer pada mereka masa ini la dorang ngada-ngada buat perangai.tujuannya supaya ayah atau ibu memberi perhatian pada mereka.Jadi kita janagn lah terlalu alpa melakukan aktiviti kita tanpa hiraukan mereka.