Tuesday, July 5, 2011

JADI LAH INSAN YANG TABAH

1.Redha dengan ketentuan ilahi biar pahit atau manis,terima dengan hati terbuka.

2.Ingat lah apa yang berlaku ada hikmahnya.

3.Jangan lah kita menyesali dan meratapi nasib diri kita.

4.Lihatlah apa yangberlaku dari sudut positif.

5.Beristigfar dan ingat lah kepada maha pencipta

6.Meluahkan apa yang terpendam di hati kepada orang2 yang terdekat seperti ahli keluarga atau teman rapat.

7.Dapatkan semangat dari orang yang boleh di percayai.

8.Kawal emosi diri,selalu memberi semangat kepada diri sendiri.

9.BERDOA agar Allah sentiasa memberi kita kekuatan dari segi mental dan fizikal.

JOM TENGOK 5 JENIS BUNGA BERMANFAAT



Semua wanita mesti suka dengan bunga kan,ia seolah memberi satu ketenangan dan bila ianya dari orang yang tersayang membuatkan kita rasa teramat dihargai.Setiap haruman bunga akan memberikan kita satu terapi menghilangkan stress.

bunga mawar
aroma haruman bunga ini boleh menenangkan hati,penggunaan dalam mandian ataupun sebagai haruman dalam kedianan dapt merehatkan  fikiran dan minda,rupanya juga cantik,dan mempunyai warna yang menarik.


                                                bunga tahi ayam

 
Jangan tidak percaya,bunga tahi ayam yang dikatakan busuk,ada khasiat khusus tau,kelopaknya dikatakan dapat diguna kan untuk mencuci mata,bunga nya turut di gunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka kerana ia bersifat antiseptik.



bunga kekwa
bunga ini berguna untuk menhilangkan rasa sakit ketika haid,sakit tekak,dan tonsil.Bole juga di jadikan ubat untuk demam.



bunga kamomil
  bunga kamomil  atau teh bunga,membantu menyingkirkan gas atau angin pada usus,mengurangkan stress dan menyembuhkan kulit terbakar akibat kesan dedahan matahari.



bunga matahari

warna nya yang kuning dan terang boleh menceriakan sapa sahaja,ekstraknya boleh membantu melegakan sakit tekak,bunganya senang di tanam dan cantik di pandang.



Monday, July 4, 2011

TAK ADA KESABARAN

Sya cuba memahami hobi my huby dan anak sya yang no 2 iaitu memancing,owh betapa memancing memerlukan kesabaran yang tinggi, dan sya tak di anaugerahkan kesabaran itu.

Hari minggu kemarin,sya cuba luangkan masa dengan anak-anak n my huby pergi memancing,kat tempat yang minggu lepas sya pergi,kali ni dah ingat nama kolam mancing tersebut,kolam mancing ikan otai,kg che bema sg layar,sg petani.

Bayangkan dalam masa 5 jam memancing seekor ikan pun tak dapat,mungkin tiada rezeki kami,namun kelibat pemancing lain menaikkan ikan membuatkan anak n huby teruja.tapi sya dah macam cacing kepanasan bontot dah,huhu,bosan kan main.Jam pertama dan kedua boleh bertahan lagi,masuk 3 jam lebih mula la si kecik buat hal,mula la nak aktif sana sini,yang no 3 lak asyik merap jer,dia mana la suka aktiviti memancing ni.

Mula la budak 2 orang tu buat hal,bagi makan,pun teap jugak macam tu,huhu hilang sabar la,yang no 2 tetap dengan pancingnya,rasanya kalau rumah dekat dah lama sya balik,hehe,macamni rupanya aktiviti memancing,bosan sangat,perlu kesabaran yang tinggi dan sya tak ada kesabaran tu.

Len kali tak nak ikut dah,tapi bagi huby sya,memancing tu memberi satu ketenangan padanya,katanya hilang segala masalah di fikiran.lain orang lain pendapatkan.sya dapat snap pic sikit jer kali ni.

betapa gigihnya anak kedua sya n my huby,yang tudung hitam tu anak yang sulung dia pun bosan menunggu.

pemancing pro sedang membaling kailnya ketengah kolam

ha tunggu jangan tak tunggu,si kecik nak anak yang ketiga yang merap n aktifnya tak sudah-sudah

tunggu lagi,hasil kalau,kalau ada rezeki

waktu malam  pun dorang memancing tau kat kolam ni siap ada lampu lagi,senang pemancing-pemancing nak memancing.

strawbery,nyum,nyum



Selamat pagi kawan-kawan semua,harap semua sihat- sihat sentiasa,yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat tau sekarang kan musim demam,batuk dan selsema,

                           
Ha kawan-kawan cer tengok,cer tengok buah apa yang sya letak kan pagi-pagi kat blog sya ni?sedapkan nampak buah ni?sya suka sangat makan buah ni,rasanya selagi dapan makan macam tak nak berhenti.

strawberi baik untuk mata tau kawan-kawan,zat yang terdapat dalam buah in,seperti vitamin c,flavonoids,mampu cegah masalah mata.strawberi juga bolehrendahkan tekanan darah,wah banyaknya khasiat.

Tapi kawan-kawan,ada setengah orang alergik dengan strawberi, apabila individu yang alergik dengan strawberi ,memakan buah ini,gejala-gejala yang akan timbul akibat alahan strawberi ialah,bengkak dan kemerahan pada mulut,bibir dan lidah,ekzema,ruam kulit,sakit kepala,hidung berair dan mata akan gatal.Tapi itu untuk sesetengah orang sahaja.