Monday, July 4, 2011

TAK ADA KESABARAN

Sya cuba memahami hobi my huby dan anak sya yang no 2 iaitu memancing,owh betapa memancing memerlukan kesabaran yang tinggi, dan sya tak di anaugerahkan kesabaran itu.

Hari minggu kemarin,sya cuba luangkan masa dengan anak-anak n my huby pergi memancing,kat tempat yang minggu lepas sya pergi,kali ni dah ingat nama kolam mancing tersebut,kolam mancing ikan otai,kg che bema sg layar,sg petani.

Bayangkan dalam masa 5 jam memancing seekor ikan pun tak dapat,mungkin tiada rezeki kami,namun kelibat pemancing lain menaikkan ikan membuatkan anak n huby teruja.tapi sya dah macam cacing kepanasan bontot dah,huhu,bosan kan main.Jam pertama dan kedua boleh bertahan lagi,masuk 3 jam lebih mula la si kecik buat hal,mula la nak aktif sana sini,yang no 3 lak asyik merap jer,dia mana la suka aktiviti memancing ni.

Mula la budak 2 orang tu buat hal,bagi makan,pun teap jugak macam tu,huhu hilang sabar la,yang no 2 tetap dengan pancingnya,rasanya kalau rumah dekat dah lama sya balik,hehe,macamni rupanya aktiviti memancing,bosan sangat,perlu kesabaran yang tinggi dan sya tak ada kesabaran tu.

Len kali tak nak ikut dah,tapi bagi huby sya,memancing tu memberi satu ketenangan padanya,katanya hilang segala masalah di fikiran.lain orang lain pendapatkan.sya dapat snap pic sikit jer kali ni.

betapa gigihnya anak kedua sya n my huby,yang tudung hitam tu anak yang sulung dia pun bosan menunggu.

pemancing pro sedang membaling kailnya ketengah kolam

ha tunggu jangan tak tunggu,si kecik nak anak yang ketiga yang merap n aktifnya tak sudah-sudah

tunggu lagi,hasil kalau,kalau ada rezeki

waktu malam  pun dorang memancing tau kat kolam ni siap ada lampu lagi,senang pemancing-pemancing nak memancing.

strawbery,nyum,nyum



Selamat pagi kawan-kawan semua,harap semua sihat- sihat sentiasa,yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat tau sekarang kan musim demam,batuk dan selsema,

                           
Ha kawan-kawan cer tengok,cer tengok buah apa yang sya letak kan pagi-pagi kat blog sya ni?sedapkan nampak buah ni?sya suka sangat makan buah ni,rasanya selagi dapan makan macam tak nak berhenti.

strawberi baik untuk mata tau kawan-kawan,zat yang terdapat dalam buah in,seperti vitamin c,flavonoids,mampu cegah masalah mata.strawberi juga bolehrendahkan tekanan darah,wah banyaknya khasiat.

Tapi kawan-kawan,ada setengah orang alergik dengan strawberi, apabila individu yang alergik dengan strawberi ,memakan buah ini,gejala-gejala yang akan timbul akibat alahan strawberi ialah,bengkak dan kemerahan pada mulut,bibir dan lidah,ekzema,ruam kulit,sakit kepala,hidung berair dan mata akan gatal.Tapi itu untuk sesetengah orang sahaja.

                  

Sunday, July 3, 2011

HILANGKAN BATUK CARA TRADISIONAL

Kawan-kawan pernah tak menghadapi batuk yang teruk dan lambat sembuh?sya ada petuanya,mak sya selalu amalkan bila dia batuk,anak-anak sya pun amalkankan jika mereka batuk,so far Alhamdulillah,batuk tu sembuh,dan lambat berulang.

jom tengok caranye,mula-mula ambil daun sirih dalam 2 helai,kemudian ambil gula batu dalam 2 biji kemudian tumbuk kedua-dua bahan tersebut,dan makan
amalkan 2 kali sehari,Insyaallah.

            

MENCABAR KEWIBAWAAN SEORANG IBU

Kisah si kecik lagi,dia ni sorang memang lain dari kakak dan abang-abangnyer,huhu kadang-kadang memang menduga kesabaran sya.Ye la mana taknya,kalau nak sesuatu benda yang dia tak dapat,mula lah berguling-guling,tak kira la kat mana pun.


Ada sekali tu sya bawak ke supermarket,tak dapat apa yang dia nak,atas lantai supermarket tu lah dia tidur,huhu malu orang tengok,mesti orang ingat sya tak pandai didik anak kan,tapi tu lah apalah daya kita nak mengawal anak-anak yang tengah dok membesar ni,tension gak tau.

Semakin di larang semakin nak pulak di buatnya,kalau tak dilarang,benda yang merbahaya dia buat,kadang-kadang macam giveup je tau nak mendidik ni.


Kawan-kawan ada tak cara-cara nak menangani anak-anak yang berperangai begini?jom la kongsi dengan sya.