Tuesday, June 28, 2011

IKAN BAKAR DAN KETAM YANG TERBAIK

Kawan-kawan suka tak makan ikan bakar,sya dengan family pergi makan ikan bakar kat juru,kuala juru penang,best la kat situ,ikan bakar dia sedap sangat dam ketamnyer pun banyak isi,jom kita tengok pic.

niair wajib ambil satu jug besar,sya pesan teh o ais jer,wah tengok jug dan gelas dia,aluminium lagi,tak payah risau nak jatuh ke pecah ke apa,tapi malam tu anak sya main ketuk-ketuk gelas pulak,semua memerhatikan meja kami adeh la.

menu yangdah di pesan,ada ketam,tapi tak tahu la masak apa,rasanya masak pedas kot,ada telur dadar.kailam ikan masin dan ikan bakar,

ni gambar ikan nya ikan siakap,saiz besar jugak,dibakar dan dilumurkan sambal,pastu cicah dengan air asam,jenuh jugak nak habiskan ikan bakar n,isi dia punya la banyak,tapi terus terang cakap memang sedap la.

Yang ni ketam,sya tak tahu la masak apa,tapi rasanya masak pedas kot,huby ambil 5 ekor ketam,ketam-ketam ni banyak isi,jenuh nak habiskan,tapi kerasnyer,siap di bekalkan pengetuk sekali,my huby memang minat sangat ketam ni,sya tak berapa minat,susah nak makan.


ha tu la dia ikan bakat dia memang terbaik,sesiapa yang tinggal area p.pinang daerah seberang perai,ker,cuba lah ke kuala sungai juru,memang class menu dia,mmg puas hati la.

7 TIPS UNTUK KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

Jom kita tengok tips-tips yang bole kita kongsikan untuk keharmonian rumah tangga bagi pasangan yang telah berkahwin.

1-sebelum pergi kerja cium lah dahi pasangan anda,supaya anda berdua akan merasai di hargai antara satu sama lain.

2-jika anda kena bekerja di luar kawasan,tambah lah dari ciuman dahi dengan pelukan dan ciuman bibir supaya pasangan dapat mengingati anda.

3-Walau sibuk sekalipun,luangkan masa menelefon pasangan anda walau pun hanya bertanya khabar dan apa yang sedang dilakukannya.

4-Selalu ucapkan kata-kata sayang seperti"i love u"sepenuh hati dan jiwa anda.

5-Jangan lah sesekali berpisah tempat tidur walaupun anak dah sederet,kerana itulah kunci kebahagiaan rumah tangga.

6-Amalkan sembahyang berjemaah di rumah bersama-sama,jangan lupa juga,sama-sama berdoa dan bersalaman.

7-Jika ada masalah sentiasa lah berbincang dari masa kesemasa,supaya masalah rumahtangga tidak jadi bertambah rumit.

Monday, June 27, 2011

KENAPA POMPUAN SUKA BERLETER

Salah satu sebabnyer penat dgn urusan seharian,bila nak realisekan dgn berleter la,nak pasanganya faham yang dia pun penat,perlukan rehat.Tp kdg2 lelaki ni buat2 tak faham,so lg berjela-jela la bebelan dari pompuan.

 kebanyakan suami ni tak suka isterinya berleter,tapi mereka tak tahu knp isteri berleter,bila badan dah penat,urusan rumahtangga tak selesai,anak2 bergaduh,rumah bersepah-sepah tentu la isteri akan membebel,suami pula buat dono jer,


Bayangkan dari pagi sampai mlm dgn urusan rumah tangga yang tak habis2,ada saja yang nak di buat,mana la tak membebel.

Maka para2 suami,jgn la naik angin kalau isteri berleter,cuba cari punca kanapa isteri anda berleter,cuba la luangkan masa bertanya apa masalah isteri,luangkan masa mendengar luahan perasaan seorang isteri,sesekali,cubalah anda take over tugas sorang wanita,dan anda pasti akan dapat merasai betapa beratnya tugas dan tgnjawab yang di pikul sorang wanita,lbih2 lagi bergelar seorang ibu,xkan jatuh saham kemachoan anda dgn melakukan kerja2 rumah kerana apa yang anda lakukan untuk orang yang tersayang,dan juga demi kebahagiaan rumah tangga anda

Maaf kalau n3 saya kali ini keterlaluan,tetapi apa yang di luahkan,hadir dari hati seorang insan yang bernama perempuan,wanita,ibu dan juga sorang isteri.

HUJUNG MINGGU

Selamat pagi semua, semalam satu hari  tak ada entry,sya terlupa nak buat autopublish,dah tua-tua ni makin cepat lupa la,semalm menghabiskan hujung minggu setengah hari di rumah,setengah hari lagi ke kolam memancing,anak ke tiga sya demam,namun sempat juga la ikut ke kolam memancing.


Tapi sayangnya sampai kat kolam memancing dah lewat,pulak tu terlupa nak book tempat,apalagi,tak dapat la memancing kat situ,hanya boleh melihat orang-orang yang kat situ memancing sahaja.

Oh ya lupa nak bagitau tempat yang sya dengan family pergi terletak kat sungai petani,orang sungai petani mesti taukan tempat ni,kg che bema,sg layar,nama kolam tu tak ingat la,tapi berdekatan dengan asrama anak-anak yatim kg che bema.JOm kita tengok picture-picture yang sya dapat snap.

suasana di sekitar kolam,masa ni sya baru jer sampai,tapi orang dah penuh,tengok persekitaran tempat ni memang tenang jer,sesapa yang bawak family,ada pondok-pondok khas di sediakan untuk beristirehat.


hubby sya tengak tinjau orang memancing,masa ni budak yang baju grey tu nak memancing,tapi tempat penuh,hanya dapat tengok-tengok jer,yang si kecik tu pulak tak bileh dok diam-diam.nak lari sana sini.

Budak yang frust tak dapat memancing sebab tempat penuh ,hanya memerhatikan orang memancing jer

Yang nampak yang ada batang-batang kayu,n ada enjin air tu kelong ikan,kat situ di tempatkan banyak ikan,5 jam sekali akan di lepaskan ikan-ikan tersebut dalam kolam,

Seberang sana pun penuh dengan pemancing-pemancing

Masing-masing menunggu ikan makan umpan,sambil berborak-borak.Yang baju putih tu baru jer dapat ikan siakap merah,tapi sya tak snap lah gambar ikan malulah,tak kenal pulak tu.

Suasana dari luar kolam memancing,yang dah mula pasang lampu,sebab masa ni dah dekat pukul 7



Lama jugak la sya  dan family dok kat sana tengok orang memancing,tapi memang best la dari tempat sya nak ke kolam ni ambil masa dekat 2 jam juga.tapi nanti nak datang lagi kat kolam ni,best jugak tau.walau tak memancing tapi dapat tengok pun jadi la.