Tuesday, October 4, 2011

POKOK BERACUN




info ni sya dapat dari fb kawan sya,tak tahu la betul ke tak,kalau betul sama-sama la kita awasi
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

sumber:facebook


Monday, October 3, 2011

PETUA PILIH BUAH-BUAHAN

Hari tu sya dah kongsi,tips pilih sayuran,hari ni nak kongsikan tips pilih buah-buahan pulak.

Tembikai-pilih berdasarkan berat bukansaiz buah tersebut

Nenas-pilih buah yang padat,berat dan mata kuningnya tidak terlalu menonjol

Durian-lihat tangkainya,jika sudah tercabutia buah lama,goncang buah tersebut,jika ada gegaran,isinya telah masak.

Duku-pilih kulit yang nipis dan lembut

Manggis-pilih kulit yang lembut dan tak berapa keras bila di tekan.

Epal-jentik dengan jari,bunyi nyaring,epal itu elok dan banyak air.

Pisang-pilih bahagian pangkal yang tidak kering

Mangga-pilih yang bau harum sampai ke pangkal,ujung tangkalnya berwarna kekuningan

Betik-pilih bentuk lurus atau panjang

                    

CANTIK VS TAK CANTIK

 Kalau perempuan cantik pendiam lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman... Kalau perempuan tak cantik pendiam Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer... 

 Kalau perempuan cantik berbuat jahat Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer... Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

 Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan Lelaki akan kata: wow!heroin sejati... Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

 Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua... Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

 Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!! Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

 Kalau perempuan cantik bawa BMW Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni... Kalau perempuan tak cantik bawa BMW Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

 Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki Lelaki akan kata: wah...caringnyer... Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

  Kalau perempuan cantik bersedih hati Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever... Kalau perempuan tak cantik bersedih hati Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

 Kalau perempuan cantik pandai masak Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu... Kalau perempuan tak cantik pandai masak Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

 Kalau perempuan cantik main2 miskol Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu... Kalau perempuan tak cantik main2 miskol Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

 Kalau perempuan cantik hantar email hari2 Lelaki akan kata: sukenyer...!! Kalau perempuan tak cantik hantar2 email Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

Sunday, October 2, 2011

RENUNG-RENUNGKAN LA

-Dating sekali sehari (kebiasaan)
-Dating ditempat yang tertentu
-Kena cover line, kalau kantoi malu.
-Makin erat, makin meningkat nafsu dan berkurang iman.


Ini kelebihan cinta remaja, namun ia berbeza dengan cinta terhadap Allah

-Dating 5 kali sehari (boleh buat 'extra')
-Boleh dating dimana-mana sahaja, tapi lagi cantik kalau kat Rumah Allah.
-Tak payah cover line. Orang tengok pun sejuk hati memandang.
-Makin erat, makin meningkat iman makin jinak nafsu.

Renung-renungkan~