Thursday, September 22, 2011

MACAM-MACAM RAGAM

Seawal pukul 5 pagi dah ke dapur untuk menyediakan sarapan dan bekalan untuk anak-anak.Hari ni sya masak mee goreng untuk sarapan dan bekalan anak-anak ke sekolah,tak nak masak nasi lagi memandangkan selalunya anak-anak bawak bekalan nasi ke sekolah setiap hari.

Sya tak nak anak-anak jemu,so hari ni sya masak la yang berlainan sikit,namun apakan daya seawal pukul 6,anak-anak dah bangun dan bila jer terlihat sya tengah menbungkus mee goreng untuk bekalan mereka,masing-masing tak mau bawak mee ke sekolah,masing-masing request nak nasi.

Terpaksa la sya bersilat di dapur dengan pantasnya untuk anak-anak,masak nasik dan buatkan masak kicap ayam untuk bekalan,tapi yang ke dua, nak masak kicap telur,manakala yang ketiga nak sambal ikan bilis,aduhh,kena turutkan juga,kalau tak tak nak ke sekolah.

.
mee goreng?xnak,itu lah jawapan kedua-dua anak lelaki sya


sehingga pukul 7 baru habis memasak,terus start motor hantar yang sulung ke sekolah,macam-macam karenah anak-anak  ni,boleh hilang sabar dibuatnya.1 anak 1 ragam,4 oarang nak 4 ragam,tension oo

Wednesday, September 21, 2011

SEDAP DAN BERKHASIAT RUPANYA

Kawan-kawan suka makan jagung tak? sya suka sangat makan jagung tak kira la direbus,dibakar,rasanya yang sedap tu membuatkan sya nak makan banyak jagung terutama jagung rebus.Jagung ni banyak khasiatnya tau.

Pada sesiapa yang menghadapi masalah sembelit dan susah membuang di sarankan makan jagung,ini kerana jagung mempunyai serat yang sangat tinggi dan baik untuk sistem pencernaan kita,ia menyerap banyak air,untuk  sistem perkumuhan kita.

Jagung rendah karbohidrat dan mengandungi vitamin c,bagi yang berdiet jagung boleh di amalkan,ia mengandungi kalori yang baik,ia mampu merendahkan tahap kolestrol dalam badan,jagung juga mempunya beta-karotina yang baik untuk mata.jagung juga mempunyai bahan anti kanser.

Ha banyak khasiat jagung ni kan, selain rasa yang sedap,jagung ni boleh dibuat pelbagai juadah yang menyelerakan.

WORDLESS WEDNESDAY

                             

                                                jom tengok khasiatnya

Tuesday, September 20, 2011

ALAHAN

Kawan--kawan pernah alami alahan pada kulit tak apabila makan makanan laut?sya baru je terkena alahan ni,dulu ok je bila makan,makanan laut ni,sekarang ni makan sedikit jer kulit akan di tumbuhi ruam-ruam dan gatal-gatal.

Wah azabnya hanya Allah yang tahu,kawan-kawan ada tak cara nak mengatasinya,jom la kongsi dengan sya,tak tahan setiap kali makan makanan laut mesti gatal-gatal dan beruam.Yang paling tak tahan lagi makanan laut terutama udang dan sotong adalah makanan kegemaran sya.

Dulu-dulu ok ja makan makanan laut ni,sekarang dah tak boleh,bila tengok jer family makan,sya telan air liur jer la.huhuhu

                   
                                         sedapnyer