Saturday, August 27, 2011

SUKA TAK KUIH NI?

Raya dah nak dekat sangat,kawan-kawan banyak buat kuih raya tak?sya buat sikit-sikit jer,susah la dengan si kecik ni,sibuk jer nak menolong,kemarin sya buat kuih ni,kawan-kawan suka tak makan kuih ni,huby sya suka tapi sya tak suka,buat juga la untuk dia.

masa ni perlu di etakkan atas kertas supaya senang letak dalam kuali nanti

proses menggoreng kuih ini,

dah siap di goreng

ini la kuih maruku,hubby sya suka sangat kuih ni,kejap jer dah luak dalam balang tu ha,kawan-kawan suka tak

Friday, August 26, 2011

JOM KENALI JENIS IKAN

Wah tajuk macam la sya ni expert sangat nama ikan kan,saja ja nak berkongsi mana la tau,kawan-kawan tak kenal ke,atau pun kat tempat kawan-kawan di panggil lain.
nama ikan ni,ikan senangin,ikan ni kalau di gorang rasanya tawar sikit,namun kala di masak gulai hmmmm,nyum,nyum

ini ikan nyok-nyok,betul ke tak ejaan dia tak tau la,ikan ni pun sedap kalau buat gulai,

yang ni mesti kawan-kawan konfius kan,ini ikan sembilang yer kawan-kawan,nampak macam ikan keli kan?

yang ni pulak apa yang tak kenal,namanya ikan pari,sangat sdap kalau dibakar dan cicah dngan air asam,bole jugak di buat asam pedas dan gulai

yang ni ikan siakap,bole masak 3 rasa,stim ke,bakar ke terpulang lah dengan selera masing-masing.


itu serba sedikit yang sya dapat kongsikan yer.

Thursday, August 25, 2011

KENA HUJAN

Sya baru jer balik dari ambik anak-anak taski,hujan la harini selebat-lebatnyer,hari ni my hubby bawak kereta,sbb ada urusan kat mahkamah butterworth,so terpaksa la ambik anak-anak dari taski naik motor ja,basah kuyup,anak-anak termasuk la si kecik,

Anak-anak seronok sangat lah main hujan ni,bukan penah dapat main,tak kira la punya best,bila tengok dorang best macam tu teringat zaman sya kecik-kecik dulu,sya selalu curi-curi keluaq masa hujan,halaman rumah la tempat sya dengan sepupu-sepupu main hujan,best kemain,imagine macam bomba tengah siram air.

Aktiviti ni kami lakukan,bila mak sya dok sibuk memasak kat dapur,hehee dia mana perasan anak-anak dia kat luar,time ni melompat-lompat kegirangan lah kami,hahaha,akibat dari volume kami yang riuh rendah,maka tahu lah mak sya yang kami kat luar tengah bersiram dengan air hujan.

dan selalunya aktiviti main hujan tu di sudahi dengan mendapt anugerah rotan dari mak sya,huhuhu berbirat tapak tangan masing-masing,bila diingat balik kelakar la,betapa notynya time tu.

               

                       
                
              

LEGA

Selamat pagi semua,alhamdulillah internet baru ok,kalau tak tak tahu la kenapa meroyan betul internet sekarang ni,

orang tm baru je baiki alhamdlillah,nasib baik dah autopost,kalau tak meti sunyi sepi ja.sekarang boleh la menziarah rumah kawan-kawan laju-laju.

macamana persiapan raya kawan-kawan?harap semua nya dah siap la,sempena bulan baik dan hari mulia yang bakal menjelma,sya nak pohon ampun dan maaf pada kawan-kawan semua andai ada salah dan silap.