Tuesday, July 26, 2011

4 CARA RAPATKAN KEMBALI HUBUNGAN DENGAN AYAH

Tak kira la panggilan apa pun,ayah,abah,walid,daddy,bapa,apak,tapi insan yang sorang ni sememangnya amat bermakna dalam hidup kita selain ibu,masa kecil dia juga lah tempat kita bergantung harap selain dari ibu kita,ada anak yang terlebih manja dengan ayah berbanding ibu.

Namun bila kita sudah dewasa,dan telah berumahtangga,kita merasa segan dengan ayah,walaupun dalam jiwa kita sebenarnya masih lagi nak sanga bermanja dan bermesra dengan ayah sama seperti kita kecil dahulu.Mungkin 4 cara berikut dapat membanu merapatkan kembali hubungan denagn ayah tersayang.

1-BERBUAL
Mulakan berbual dengan topik-topik yang biasa dan santai,memuji dirinya,jangan lah segan meminta pendapatnya dan berbuallah bagaimana dia boleh mengatasi beberapa masalah dalam hidupnya.Ini akan membuatkan dia rasa di hargai anaknya,kerana sudi meminta pandangan dan menjadi rujukan kita.

2-KENANG KEMBALI KENANGAN LAMA BERSAMA
Mungkin anda mempunyai kenangan manis bersama-sama  ayah anda,yang bila diingat kembali akan membuatkan kita bertambah sayang pada ayah.Bila bercerita kenangan itu bersama-sama,secara tak langsung ayah anda akan merasa anda dekat dan sentiasa bersamanya dari kecik hingga sekarang.

3-MINTA PANDANGAN ORANG LAIN.
Minta pendapat dengan orang-orang yang terdeka yang sentiasa mendampingi ayah.Mungkin kita memang sibuk dan terlupa cara nak berbual dan nak dekat kan diri dengan ayah,jadi carilah pendamping ayah yangterdekat untuk memahami ayah,contohnya ibu.

4-JANGAN SISIHKANNYA.
Biarlah orang lain pandang buruk pada ayah kita,hanya kita sebagai anaknya sahaja yang mengetahui dia adalah ayah yang terbaik buat kita,masa lalunya mencari nafkah dan membesar kan kita dengan bersusah payah,ingatlah jasa-jasanya.yang tak ernilai hingga kita menjadi seperti sekarang.


Tiba-tiba jer teringat pada ayah sya yang sya panggil bapak,huhu,betapa besarnya pengorbanan dia terhadap kami sekeluarga.

Monday, July 25, 2011

TIPS PILIH CERMIN MATA IKUT BENTUK WAJAH

Agak susah jugakkan bagi yang berkaca mata nak memilih cermin mata yang sesuai untuk bentuk wajah,jom kongsi dengan sya tips pilih cermin mata.

WAJAH BERSEGI
-JIka wajah atau bentuk muka berpetak.dengan dahi lebar,boleh mengenakancermin mata berbingkai bulat,bujur,dan pastikan bingkai kelihatan nampak berat sedikit atau tebal di bahagian atasnya.Elakkan cermin mata berbingkai bentuk rata dan berpetak.

WAJAH BUJUR SIRIH
-Sangat sesuai menggayakan cermin mata berbingkai tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil,Tidak kira berbingkai petak ataupun bulat atau bujur.bentuk muka ini sangat ideal untuk semua jnis bingkai,elakkan memakai bingkai yang mempunyai kaki(temple)rendah atau jatuh.

WAJAH BULAT
-Amat sesuai mengenakan bingkai berbentuk petak,ia dapat melindungi bentuk wajah yang bulat,kaki(temple) yang tinggi dan sederhana membantu wajah untuk kelihatan panjang.Pilih bingkai sedkit gelap dapat imbangkan benuk wajah,elakkan memakai bingkai bulat,kerana wajah akan bertambah bulat.
              
             

MACAM-MACAM RAGAM

selamat hari isnin semua,wah hari ni awalnya sya update entry,baru jer lepas siapkan bekalan untuk anak-anak bawak kesekolah.

Anak-anak sya mesti nak bawak bekal ke sekolah,ketiga-tiga suka sangat bawak bekal.sekurang-kurangnya dapat jimatkan belanja ye dak?

Tapi menu untuk ketiga-tiga orang nak yang berlainan ,wah pening la sya nak sediakan,anak yang pertama suka sangat bawak bekal nasi dengan yang ni
                    

kalau bawak nuget ni hari-hari pun ak pa,makan dengan nasi putih tak payah kuah pun.itu baru kakak,yang no 2 pulak suka bawak nasik dengan yang ni.
hari-hari makan ayam,kalau tak ayam sambal,ayam masak kicap,ataupun ayam masak merah,kalau dah tak da sangat,ayam goreng pun jadi la.Yang no 3 pulak semestinya hari-hari nak yang
ni.
.
asyik ikan bilis jer,tak kira la oreng ke sambal yang penting ikan bilis,pening juga nak layan karenah dorang,sebab tu pukul 5 sya dah terpacak kat dapur untuk masak.


Sunday, July 24, 2011

SELAMAT HARI MINGGU SEMUA

Jap jer yer hari ni dah hari ahad,selamat bercuti semua kawan-kawan,pada yang berkerja tu selamat menjalankan tugas yer.tak kira di mana anda berada semoga di lindungi dan sihat hendaknya.

hari minggu sya kali ni tak kemana kot,yapi tak tahu la kot-kot kejap lagi encik huby nak ajak g mana-mana.apa pun harap u all semua manfaatkan hari minggu sebaiknyer yer.