Hari demi hari segala perbelanjaan semakin meningkat minyak,keperluan harian belanja sekolah makanan,semuanya menuntut kos yang tinggi.jom berkongsi dengan sya tip jimat beli barang dapur,mana lah tahu kalau-kalau ada yang boleh kita manfaatkan di sebalik tip-tips ni.
1-Sebelum berbelanja,senaraikan barang keperluan dan pilih mana barang yang benar benar di perlukan dan yang mana tidak di perlukan.
2-Buat analisis di antara setiap jenama barang dengan jenama yang lain,perhatikan isi kandungan dan pilih jenama yang menguntungkan dari segi kuantiti dan kualiti.
3-Buat perbandingan setiap barangan yang sama tapi berlainan jenama dan cara pembungkusan,buat perbandingan harga barangan.
4-Jika boleh, beli sesuatu barangan terus dari pembekal,contohnya jika sekitar kawasan kediaman ada orang bertanam sayur,beli terus dari dia,agar dapat berjimat dari terus ke pasar,dan anda pun akan mendapat sayur yang fresh.
5-Jka kita sudah biasa membeli atau melanggan barang-barang dari sesebuah kedai,jangan segan-segan minta diskaun daripada kedai tersebut,memandangkan kita adalah pelanggan tetap kedai tersebut.
6-Beli barang dapur yang di pakai setiap hari dan yang tahan lama dalam kuantiti yang banyak contohnya jika kita memasak setiap hari,beli bawang,sayur,minyak masak.cili kering dalam kuantiti yang banyak,barangan ini di pakai setiap hari dan cepat habis bila beli dalam kuantiti yang banyak tak payah la kita berterusan berulang kekedai yang akan membuang masa dan petrol.
7-Jika di halaman rumah ada sedikit kawasan lapang,bercucuk tanam la dengan apa-apa tanaman,seperti sayuran atau buah-buahan yang memberi manfaat kepada kita.
8-Ambil kesempatan membeli belah ketika jualan murah,pilih barang yang betul-betul murah dan berkualiti.
7 comments:
betul..pilih barang yg kualitinya bagus..worth the money kata org puteh tu..hehe..
ubat gigi kat rumah saya tahan 6 bulan (pakai 2 org), sabun basuh pinggan tahan 9 bulan..(basuh pinggan heavy metal hari2 masak).
Memang tips yang berguna... WuMing baca slow-slow... Nanti boleh praktik...
Hari tu follow Blog WuMing.. tak ada gambar keluar kan?.. Cuba Unfollow dan follow balik skali lagi.. Dia akan naik laa tuu... Memang bila WuMing follow orang lain pun kadang-kadang jadi macam tuu...
sgt berguna entry nih untuk org yg boros mcm papa mifz nih...huhu
saya suker beli barang dapo bersama en suami, kalu saya pegi sorang atau ngan kazen, alamatnya terlebih sudah..
hubby ai mmg pandai menilai setiap barang tahu..^_^
Yeayy tip jimat yg bagus cuma kekadang tu terbabas jugak :)
sies kena tulis ape nak beli kalo x mesti tlupa atau terlebih beli... :) jom berjimat2
Post a Comment