Tuesday, July 26, 2011

SERUNDING

Kawan-kawan suka makan serunding tak,tak kira la serunding ayam ke daging,ha meh sya nak bagi resepi cara nak bua serunding,tapi ni cara sya yer.sebelum tu jom tengok rupa serunding yang sya buat,ni serunding ayam.
[serunding+1.jpg]


resepinya
1kg ayam
1/2 biji kelapa-ambil santan
10 tangkai cili kering-di kisar
8 biji bawang merah-di kisar
5 ulas bawang putih-dikisar
2 inci halia-di kisar
5 batang serai-di kisar
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 sudu ketumbar

cara buat
-rebus ayam,tos dan siatkan halus-halus
-air rebusan ayam boleh di gunakan untuk perah santan
dan ambil santan untuk 2 gelas besar.
-masukkan santan bersama bahan yang dikisar,daun kunyit,dan
daun limau purut ke dalam kuali
-masukkan daging ayam,garam gula scukupnya,kalau mahu boleh tambah perasa.
-tumbuk ketumbar yang telah di goreng tanpa minyak,masukkan dalam serunding.
-kacau serunding hingga betul-betul kering.


selamat mencuba


4 comments:

Unknown said...

waa best ni~yong suka!!

kak..lacto lite tu sekotak rm158..sgt bgus tau~ rasa sekali msti tny lg :)

Dilla Ady said...

suke jugak ngan serunding camni..tp pandai makan jek, buat tak reti..huhuhu

eB said...

suker :)

Myra Jay said...

Sedapnyer serunding especialy kalau dapat ratah..Soooo nyummy :)