Wednesday, November 2, 2011

KHASIAT GARAM

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian di muka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.
Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun perlu dimasukkan garam untuk menambah rasa/selera.
Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin. Garam berasal dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit.
Banyak kegunaan garam;
  • pengawet ikan supaya tidak busuk.
  • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
  • Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
  • Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Kegunaan garam dalam perubatan Islam.
Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan. Maka terjadi lah darah tinggi. Kenapa boleh terjadi? Kerana nafsu makan, makan apa saja ikut nafsu.
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
  1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalau tinggal di bandar macam KL mana ada pantai kan. Jadi goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian bungkus dengan kain dan demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Jika sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
  5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll – minum air suam dan sedikit garam.
  6. Mencuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasulullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.
Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
  1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
  2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.

WORDLESS WEDNESDAY

                                                                      

Tuesday, November 1, 2011

TIPS PILIH PASU HIASAN

TIP MEMILIH PASU (BEKAS) TANAMAN HIASAN

Adanya pasu (bekas) tanaman hiasan di mana-mana sudut laman kediaman dapat mencipta pelbagai visual lantaran pasu-pasu ini datang dalam pelbagai bentuk, saiz, warna, kemasan dan tekstur. Pasu dapat mengubah dan mencorak serta memberi kelainan dan impak serta merta di sesuatu sudut laman. Penggunaan variasi pasu yang berimaginasi dan kreatif dalam sesuatu ta
man akan menyerlahkan lagi gaya anggun taman itu.

Di sini lihatlah apa yang dimaksudkan dengan 'menyerlahkan gaya anggun' sesuatu sudut taman.

Tip memilih pasu (bekas) tanaman hiasan:
1. Kenal pasti pasu yang hendak di pilih sama ada daripada jenis simen, plastik, tanah liat, seramik atau daripada bahan terbuang.
2. Pilih saiz pasu mengikut kemahuan sama ada memerlukan pasu yang bersaiz besar, kecil atau sederhana untuk menempatkan tanaman hiasan.
3. Jika kita sering mengubah hiasan laman, eloklah sekiranya memilih pasu daripada bahan plastik atau beg politena. Ia lebih ringan berbanding pasu daripada jenis bahan yang lain.
4. Untuk mendapat sentuhan klasik, pilihlah tembikar bercorak kosong. Kita sendiri boleh menata tembikar mengikut rekaan yang kita mahukan disamping mewarnakan mengikut citarasa sendiri.
5. Bagi memperlihatkan gaya kasual pada tembikar, pilihlah tanaman hiasan yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza tetapi daripada jenis yang sama. Tanamlah bersama secara kelompok dan lihatlah variasi daripada tema yang terhasil.
6. Untuk menampakkan efek moden, padankan sekurang-kurangnya tiga saiz dan gaya tanaman bersama. Paduan warna dan gaya sederhana dapat dilihat dengan menjarakkan tanaman dalam pasu sepanjang tepi anjung atau tembok.
7. Untuk tanaman yang mempunyai jangka hayat pendek, tidak memerlukan saiz pasu yang besar. Cukup dengan sia kecil dan sederhana.
8. Pilih pasu yang mempunyai lubang kerana akar pokok begitu sensitif. Ia tidak boleh terendam dalam air dalam jangka masa yang lama.
9. Pasu yang dipilih mestilah tahan lasak dan tidak mudah pecah.
10. Pilih pasu yang mudah dibersihkan daripada segala kekotoran seperti lumut supaya pasu sentiasa nampak cantik.
11. Elakkan memilih pasu dengan bukaan yang sempit.
12. Jika memilih pasu daripada plastik, perlu lebih berhati-hati kerana cahaya matahari yang terik akan merosakkannya. Pasu daripada jenis seramik adalah pilihan terbaik tetapi perlu dibuat lubang supaya air dapat mengalir.
13. Pasu daripada kayu lebih cepat mereput.
14. Saiz pasu adalah terpulang kepada berapa jumlah tanaman yang kita tanam di dalam bekas tersebut.
15. Letakkan pasu pada batu bata supaya air dapat disalirkan keluar dengan mudah.

JANGAN TEGUR ISTERI DEPAN ANAK-ANAK

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!