Tuesday, November 1, 2011

JANGAN TEGUR ISTERI DEPAN ANAK-ANAK

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

5 comments:

Amy Syaquena said...

setuju dengan apa yang awak katakan...

WuMing said...

WuMing pernah tegur isteri depan anak berusia 4 tahun lebih ketika tu..

Anak WuMing tanya pada WuMing..."Ayah jangan laa marah mak... Kalau mak marah ayah... ayah pun tak suka kan"

WuMing diam terkedu... malu segan segala..

Sekarang dah kurang dah... Malu woo

Rai said...

betul tu..sama lah dengan isteri..jangan bebel suami depan anak2..

abah khalisha said...

Perkongsian yg bagus!

Ardini Humaira said...

betol... tak nak anak2 salah faham, pastu dia pk mak dia tak bagus ke apa kan