Tuesday, November 1, 2011

TIPS PILIH PASU HIASAN

TIP MEMILIH PASU (BEKAS) TANAMAN HIASAN

Adanya pasu (bekas) tanaman hiasan di mana-mana sudut laman kediaman dapat mencipta pelbagai visual lantaran pasu-pasu ini datang dalam pelbagai bentuk, saiz, warna, kemasan dan tekstur. Pasu dapat mengubah dan mencorak serta memberi kelainan dan impak serta merta di sesuatu sudut laman. Penggunaan variasi pasu yang berimaginasi dan kreatif dalam sesuatu ta
man akan menyerlahkan lagi gaya anggun taman itu.

Di sini lihatlah apa yang dimaksudkan dengan 'menyerlahkan gaya anggun' sesuatu sudut taman.

Tip memilih pasu (bekas) tanaman hiasan:
1. Kenal pasti pasu yang hendak di pilih sama ada daripada jenis simen, plastik, tanah liat, seramik atau daripada bahan terbuang.
2. Pilih saiz pasu mengikut kemahuan sama ada memerlukan pasu yang bersaiz besar, kecil atau sederhana untuk menempatkan tanaman hiasan.
3. Jika kita sering mengubah hiasan laman, eloklah sekiranya memilih pasu daripada bahan plastik atau beg politena. Ia lebih ringan berbanding pasu daripada jenis bahan yang lain.
4. Untuk mendapat sentuhan klasik, pilihlah tembikar bercorak kosong. Kita sendiri boleh menata tembikar mengikut rekaan yang kita mahukan disamping mewarnakan mengikut citarasa sendiri.
5. Bagi memperlihatkan gaya kasual pada tembikar, pilihlah tanaman hiasan yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza tetapi daripada jenis yang sama. Tanamlah bersama secara kelompok dan lihatlah variasi daripada tema yang terhasil.
6. Untuk menampakkan efek moden, padankan sekurang-kurangnya tiga saiz dan gaya tanaman bersama. Paduan warna dan gaya sederhana dapat dilihat dengan menjarakkan tanaman dalam pasu sepanjang tepi anjung atau tembok.
7. Untuk tanaman yang mempunyai jangka hayat pendek, tidak memerlukan saiz pasu yang besar. Cukup dengan sia kecil dan sederhana.
8. Pilih pasu yang mempunyai lubang kerana akar pokok begitu sensitif. Ia tidak boleh terendam dalam air dalam jangka masa yang lama.
9. Pasu yang dipilih mestilah tahan lasak dan tidak mudah pecah.
10. Pilih pasu yang mudah dibersihkan daripada segala kekotoran seperti lumut supaya pasu sentiasa nampak cantik.
11. Elakkan memilih pasu dengan bukaan yang sempit.
12. Jika memilih pasu daripada plastik, perlu lebih berhati-hati kerana cahaya matahari yang terik akan merosakkannya. Pasu daripada jenis seramik adalah pilihan terbaik tetapi perlu dibuat lubang supaya air dapat mengalir.
13. Pasu daripada kayu lebih cepat mereput.
14. Saiz pasu adalah terpulang kepada berapa jumlah tanaman yang kita tanam di dalam bekas tersebut.
15. Letakkan pasu pada batu bata supaya air dapat disalirkan keluar dengan mudah.

1 comment:

Ardini Humaira said...

nanti dni nak beli pasu n tanam bunga banyak2 kat miri hehe