Selalunya sya kongsi tips resepi dan petua dengan kawan-kawan,kali ni sya nak berkongsi cerita pada kawan-kawan agar sama-sama dapat jadikan pengajaran dan ikhtibar pada kita semua.Cerita ini sya dapat dari email.
H dan M sepasang suami isteri ang mempunyai 4 orang cahaya mata 3 lelaki dan 1 perempuan,tapi H iaitu suami sangat susah dan berkira nak membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah.Baginya isteri dah di bayar hantaran mahal,isteri la kena melakukan tugas tersebut.M amat tertekan dengan sikap suaminya itu,kerana dia lah yang terpaksa bertungkus lumus dengan urusan rumahtangga dan anak-anak,walaupun M surirumah sepenuh masa,adakalanya M tak sempat berehat langsung kerana ada aja kerja yang terpaksa di lakukannya.M begitu tertekan dan selalu berleter kerana badannya penat,namun H memarahi M.
Setiap pagi M akan menghantar ank sulungnya kesekolah seawal 6.30 pagi.dan ketika itu H masih enak di buai mimpi,sedikitpun tidak pernah terfikir kesusahan isterinya,pukul 7.30 barulah H akan bangun untuk ketempat kerja,semua kelengkapan H ,sudah di siapkan,cuma H perlu ambil sahaja,namun H amat gemar M letakkan segala kelengkapannya di hadapan mata,tinggal dia hanya memakainya sahaja,kadang-kadang ada saja benda yang tertinggal dan M di marahi sedangkan tika itu H tahu m sedang sibuk menyiapkan anak-anak lain ke tabika,M tetap pendamkan saja dalam hati kerana segala teguran pada suaminya akan menyebabkan perbalahan,sakit hatinya hanya di adukan pada tuhan sahaja.
H sebagai suami sangatlah ego tak pernah ambil tahu akan kesusahan isteri nya.ada-ada aja yang tak kena di matanya kadang-kadang anak-anak buat perangai,si isteri la yang mendapat tempiasnya,anak-anak mereka semuanya lasak-lasak belaka,tapi si suami tak nak faham,hancur luluh perasaan M bila disalahkan di depan ank-anak,apalah kuasanya sebagai seorang isteri.
Apa yang dimasak isterinya langsung tidak sedap pada tekak H,tak pernah pun dia berterima kaih pada isterinya yang banyak meringankan beban tanggungjawabnya.Kadangkala H cuti kecemasan semata-mata mengikut kawan-kawannya samaada memancing,memikat burung ataupun bersiar2 di luar,tak pernah dipedulikan isterinya di rumah,yang tak cukup kaki tangan dengan urusan rumahtangga dan anak-anak.Pernah juga M merungut pada mertuanya namun si ibu tetap menyokong anaknya,malah kadang-kadang M lah yang terpaksa jadi pemandu untuk membawa mertuanya jika hendak kemana-mana,walaupun terpaksa membawa 4 orang anak yang kadang-kadang gelagatnya memeningkan kepala,M redha.
Perasaan si isteri tak di peduli langsung,si isteri sangat-sangat tertekan dengan sikap suami,dan bnyak berfikir hingga sering sakit kepala,akibat terlalu pendamkan perasaan,satu hari M jatuh pengan dan segera di kejarkan ke hopital,M koma,menurut doktor,akibat terlampau stress,otak M gagal berfungi,H teramatlah menyesal kerana selama ini tidak peduli tentang isterinya,dia sangat berharap agar isterinya kembali pulih,namun takdir tuhan,semuanya sudah terlambat,M pergi menyahut panggilan ilahi dengan meninggalkan 4 orang anak dan H,M pergi dengan membawa lara di hati.Bagi H,semuanya atas kesalahannya yang tak pernah pedulikan perasaan isterinya,walaupun sudah menyesal,M tak akan dapat kembali ke pangkuannya.
TAMAT
Apakah pengajaran yang kita dapat dari cerita tersebut yer kawan-kawan?
p/s:hargailah orang yang kita sayang sebelum terlewat
Tuesday, August 23, 2011
TERUJA
Anak-anak sya teruja sangat nak naik feri,so aritu ada urusan sikit kat penang sya bawak la anak-anak naik feri,memang excited dorang ni macamtak penah naik,walhal berkali-kali naik feri dah.
jom layan gambar.
jom layan gambar.
ni view sebelum naik ke feri
budak-budak yang keterujaan masa naik feri,mulut tak henti bercakap
paling teruja budak ni la
pandangan di tengah laut
Monday, August 22, 2011
MENGAPA ANAK SUSAH NAK MAKAN
Kadang-kadang bukan anak saja yang susah makan,kita sebagai ibu pun susah hati jugak bila anak tak berselera makan.jom tengok sebab-sebab anak susah nak makan.
bosan dengan makana yang sama
bila bayi berusia 6 bulan keatas,anak akan berasa bosan dan malas untuk makan.itu belum lagi bila mkanan di kisar bercampur aduk, seperti orang dewasa mereka juga cepat bosan bila makan menu yang sama,penyelesaiannyaialah pelbagaikan menu harian anak-anak.
makanan yang terlalu padat dengan kalori
bila memberia anak coklat,makanan ringan dan sebagainya sebelum makan tengahari akan menyebabkan anak dah tak mahu makan lagi akibat kenyang dengan benda-benda tersebut,penyelesaiannya elakkan memberi makanan ringan sebelum tiba waktu makan
terlalu banyak minum susu
susu dianggap makanan utama sebagai pengganti nasi.ibu-ibu biasanya takut anak kelaparan dan memberikan susu.susu hanya memenuhi keperluan kalsium dan fosforus,bila anak berusia 1 tahun keatas anak hanya perlukan2 gelas susu sahaja.
bosan dengan makana yang sama
bila bayi berusia 6 bulan keatas,anak akan berasa bosan dan malas untuk makan.itu belum lagi bila mkanan di kisar bercampur aduk, seperti orang dewasa mereka juga cepat bosan bila makan menu yang sama,penyelesaiannyaialah pelbagaikan menu harian anak-anak.
makanan yang terlalu padat dengan kalori
bila memberia anak coklat,makanan ringan dan sebagainya sebelum makan tengahari akan menyebabkan anak dah tak mahu makan lagi akibat kenyang dengan benda-benda tersebut,penyelesaiannya elakkan memberi makanan ringan sebelum tiba waktu makan
terlalu banyak minum susu
susu dianggap makanan utama sebagai pengganti nasi.ibu-ibu biasanya takut anak kelaparan dan memberikan susu.susu hanya memenuhi keperluan kalsium dan fosforus,bila anak berusia 1 tahun keatas anak hanya perlukan2 gelas susu sahaja.
HASIL
Huby sya sedia maklum memang gemar memancing,bulan puasa ni pun tetap dengan hobinya memancing,tapi adalah juga hasilnya yang berjaya di bawa balik dari laut,baru-baruni pun dia pergi memancing ni lah hasilnya.
yang ni dari laut
yang ni dari laut
ni la hasil tangkapannya,yang atas tu ikan senangin dan yang bawah tu ikan nyok-nyok,taktau la kat tempat kawan-kawan panggil apa
ikan senangin
model ikan nyok-nyok
yang sorang lagi model ikan senangin.
minggu ni pun mungkin huby sya nak pergi memancing lagi,hmmm tu la aktiviti dia di hujung minggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)








