Tuesday, August 23, 2011

RENUNGKANLAH

Selalunya sya kongsi tips resepi dan petua dengan kawan-kawan,kali ni sya nak berkongsi cerita pada kawan-kawan agar sama-sama dapat jadikan pengajaran dan ikhtibar pada kita semua.Cerita ini sya dapat dari email.


H dan M sepasang suami isteri ang mempunyai 4 orang cahaya mata 3 lelaki dan 1 perempuan,tapi H iaitu suami sangat susah dan berkira nak membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah.Baginya isteri dah di bayar hantaran mahal,isteri la kena melakukan tugas tersebut.M amat tertekan dengan sikap suaminya itu,kerana dia lah yang terpaksa bertungkus lumus  dengan urusan rumahtangga dan anak-anak,walaupun M surirumah sepenuh masa,adakalanya M tak sempat berehat langsung kerana ada aja kerja yang terpaksa di lakukannya.M begitu tertekan dan selalu berleter kerana badannya penat,namun H memarahi M.

Setiap pagi M akan menghantar ank sulungnya kesekolah seawal 6.30 pagi.dan ketika itu H masih enak di buai mimpi,sedikitpun tidak pernah terfikir kesusahan isterinya,pukul 7.30 barulah H akan bangun untuk ketempat kerja,semua kelengkapan H ,sudah di siapkan,cuma H perlu ambil sahaja,namun H amat gemar M letakkan segala kelengkapannya di hadapan mata,tinggal dia hanya memakainya sahaja,kadang-kadang ada saja benda yang tertinggal dan M di marahi sedangkan tika itu H tahu m sedang sibuk menyiapkan anak-anak lain ke tabika,M tetap pendamkan saja  dalam hati kerana segala teguran pada suaminya akan menyebabkan perbalahan,sakit hatinya hanya di adukan pada tuhan sahaja.

H sebagai suami sangatlah ego tak pernah ambil tahu akan kesusahan isteri nya.ada-ada aja yang tak kena di matanya kadang-kadang anak-anak buat perangai,si isteri la yang mendapat tempiasnya,anak-anak mereka semuanya lasak-lasak belaka,tapi si suami tak nak faham,hancur luluh perasaan M bila disalahkan di depan ank-anak,apalah kuasanya sebagai seorang isteri.

Apa yang dimasak isterinya langsung tidak sedap pada tekak H,tak pernah pun dia berterima kaih pada isterinya yang banyak meringankan beban tanggungjawabnya.Kadangkala H cuti kecemasan semata-mata mengikut kawan-kawannya samaada memancing,memikat burung ataupun bersiar2 di luar,tak pernah dipedulikan isterinya di rumah,yang tak cukup kaki tangan dengan urusan rumahtangga dan anak-anak.Pernah juga M merungut pada mertuanya namun si ibu tetap menyokong anaknya,malah kadang-kadang M lah yang terpaksa jadi pemandu untuk membawa mertuanya jika hendak kemana-mana,walaupun terpaksa membawa 4 orang anak yang kadang-kadang gelagatnya memeningkan kepala,M redha.

Perasaan si isteri tak di peduli langsung,si isteri sangat-sangat tertekan dengan sikap suami,dan bnyak berfikir hingga sering sakit kepala,akibat terlalu pendamkan perasaan,satu hari M jatuh pengan dan segera di kejarkan ke hopital,M koma,menurut doktor,akibat terlampau stress,otak M gagal berfungi,H teramatlah menyesal kerana selama ini tidak peduli tentang isterinya,dia sangat berharap agar isterinya kembali pulih,namun takdir tuhan,semuanya sudah terlambat,M pergi menyahut panggilan ilahi dengan meninggalkan 4 orang anak dan H,M pergi dengan membawa lara di hati.Bagi H,semuanya atas kesalahannya yang tak pernah pedulikan perasaan isterinya,walaupun sudah menyesal,M tak akan dapat kembali ke pangkuannya.

TAMAT

Apakah pengajaran yang kita  dapat dari cerita tersebut yer kawan-kawan?

p/s:hargailah orang yang kita sayang sebelum terlewat

7 comments:

Myra Jay said...

Alahai sedihnya.. Tapi itula kan, menyesal dah tak guna, hargailah orang yg tersayang..

Rai said...

dont take things for granted.. hargai org sekeliling kita semasa mereka ada..tapi suami zaman sekarang jarang dah sikapnya begini..ramai yg dah ringan tulang nak bantu memasak bagai..

cheqna said...

kadang2 kita ni memang susah untuk menghargai apa yang kita miliki bila dah kehilangan baru rasa menyesal..tapi sayangnya sudah terlambat

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

sedihnyaaaa....tu la kita ni suami isteri kena berkerjasama kan...baru hidup kita bahagia selamanya...

WuMing said...

Itu laa... kadang-kadang perkahwinan itu merupakan satu malapetaka bagi segelintir wanita..

Kesian...betul isteri dia. Lelaki macam ini ada masalah... Kena perbaiki diri banyak...

Myra Jay said...

Kak Sya, Myra xdapat lagi la alamat, kak sya drop kat komen entry la ye..
Myra xpublish.. Thanks..

~izan~ said...

alahai..kesiannya..sesal kemudian tak guna dah kan..

kena tolak ansur dan fikirkan pasangan masing2..selfish ni! ishh...