Saturday, August 20, 2011

DAH BASI

Kemarin sya ke pasar ramadhan kat kampung sya,niat di hati tu nak tengok n tinjau-tinjau la lauk-pauk atau juadah yang berkenan di hati,tak nak beli banyak pun,sebab dah masak kat rumah,ini yang sya berkenan pun,suka kerabu ni walaupun time bukan bulan puasa.


gambar blur sikit,sya beli rm3 kerabu ni tau sebab ingat nak makan dengan nasi n ratah-ratah jer,tapi malangnyer tiba jer waktu berbuka dan nak mula makan,kerabu ni dah basi waaaaaaa,mana aci tak sempat makan huhuhu,kalau tahu lebih baik buat sendiri,tak nak beli dah kat pasar ramadhan.

Friday, August 19, 2011

TIME BULAN PUASA MESTI ADA

                 
                                            pic dari google


time bulan puasa macam ni ini lah makanan yang mesti ada,di masjid-masjid,surau-surau,lain tempat lain rasanya,tapi anak-anak sya terlalu suka sangat menikmati bubur lambuk ni,tiap-tiap hari mesti nak makan,sanggup beratur panjang nak ambil bubur lambuk ni,yang herannya plak bila ibu dorang masak bubur lambut tak nak lak dorang makan.nak yang kat masjid tu juga,hmmm macam la.

kat  kampung sya bubur lambut ni di masakkan bersama udang,udang lipan,ketam,kat kampung mil pulak di masak bersama daging,kat tempat kawan-kawan macamana?

KHASIAT DAN RAHSIA MADU ASLI

Ada sesiapa suka madu tak?bukan bermadu tau tapi madu lebah asli,rupanya madu asli ni banyak khasiatnya,sya jer ketinggalan baru tau.huhu jom tengok khasiat-khasiatnya.

1-madu asli apabila di campurkan dengan air boleh merawat demam dan panas badan.

2-madu boleh merawat penyakit cirit-birit kerana fungsinya dapat membunuh bakteria.

3-madu juga dapat mengurangkan masalah lelah,batuk,dan asma

4-madu dapat mengatasi masalah sukar untuk tidur malam ataupun imsomia.

5-ia juga dapat merawat luka-luka kecil dan kudis buta.

6-madu di sapukan pada wajah dapat mencantikkan kulit wajah.

7-madu dapat menghaluskan kulit.

wah banyak khasiatnya kan,oleh itu kena amalkan makan madu banyak-banyak la.

                  

Thursday, August 18, 2011

TIPS PILIH GINCU BIBIR

Semua wanita suka memakainya di bibir,warnanya kadangkala menyerlahkan penampilan si pemakai,jom tengok tips-tips memilih gincu bibir sebelum membeli.

1-Carilah warna gincu yang hampir sama semulajadi dengan bibir.

2-untuk yang berkulit gelap,pilih warna plum,wineatau merah.

3-untuk berkulit putih atau pucat pilih warna merah jambu atau oren.

4-untuk berkulit terang pilih lah warna kecoklatan.

5-untuk siang hari,gunakan warna yang muda,untuk malam hari pilih warna yang tua sedikit.

6-gincu matte atau creamy sesuai di gunakan di siang hari manakala yang shine atai glossy sesuai digunakan pada waktu malam jika ada acara.