Friday, August 19, 2011

TIME BULAN PUASA MESTI ADA

                 
                                            pic dari google


time bulan puasa macam ni ini lah makanan yang mesti ada,di masjid-masjid,surau-surau,lain tempat lain rasanya,tapi anak-anak sya terlalu suka sangat menikmati bubur lambuk ni,tiap-tiap hari mesti nak makan,sanggup beratur panjang nak ambil bubur lambuk ni,yang herannya plak bila ibu dorang masak bubur lambut tak nak lak dorang makan.nak yang kat masjid tu juga,hmmm macam la.

kat  kampung sya bubur lambut ni di masakkan bersama udang,udang lipan,ketam,kat kampung mil pulak di masak bersama daging,kat tempat kawan-kawan macamana?

KHASIAT DAN RAHSIA MADU ASLI

Ada sesiapa suka madu tak?bukan bermadu tau tapi madu lebah asli,rupanya madu asli ni banyak khasiatnya,sya jer ketinggalan baru tau.huhu jom tengok khasiat-khasiatnya.

1-madu asli apabila di campurkan dengan air boleh merawat demam dan panas badan.

2-madu boleh merawat penyakit cirit-birit kerana fungsinya dapat membunuh bakteria.

3-madu juga dapat mengurangkan masalah lelah,batuk,dan asma

4-madu dapat mengatasi masalah sukar untuk tidur malam ataupun imsomia.

5-ia juga dapat merawat luka-luka kecil dan kudis buta.

6-madu di sapukan pada wajah dapat mencantikkan kulit wajah.

7-madu dapat menghaluskan kulit.

wah banyak khasiatnya kan,oleh itu kena amalkan makan madu banyak-banyak la.

                  

Thursday, August 18, 2011

TIPS PILIH GINCU BIBIR

Semua wanita suka memakainya di bibir,warnanya kadangkala menyerlahkan penampilan si pemakai,jom tengok tips-tips memilih gincu bibir sebelum membeli.

1-Carilah warna gincu yang hampir sama semulajadi dengan bibir.

2-untuk yang berkulit gelap,pilih warna plum,wineatau merah.

3-untuk berkulit putih atau pucat pilih warna merah jambu atau oren.

4-untuk berkulit terang pilih lah warna kecoklatan.

5-untuk siang hari,gunakan warna yang muda,untuk malam hari pilih warna yang tua sedikit.

6-gincu matte atau creamy sesuai di gunakan di siang hari manakala yang shine atai glossy sesuai digunakan pada waktu malam jika ada acara.

                

MEMORI BERSAHUR

Kawan-kaa pernah ada pengalaman pahit ke manis ke ketika bersahur ?sya ada,nak kata pengalaman manis tu lawak je la,geli hati la.

kisah ni masa tu sya baru berumur dalam 12 tahun gitu,biasa la budak pompuan dulu-dulu dah comfirm kan kena buat keja rumah tak kira la bulan puasa ke tak,bergilir-gilir dengan arwah kakak,hari tu kena giliran sya tolong mak kat dapur waktu sahur,tdo malam tu lambat maklum lah esoknya hari sabtu,maka kul 4 pagi mak kejutkan la suruh tolong dia kat dapur.

time ni mak memang sibuk buatkan juadah sahur,mak cuma suruh sya bancuh air jer tme tu,tapi memandangkan sya dah mengantuk dan nak celik mata pun tak larat,maka balang lada hitam yang sya sangka kopi sya capai dan masukkan dalam teko,masa tu mata buka sebelah jer,cover ngantuk,lepas tu capai balang gula n kacau jer macam biasa,dan sya tak perhati pulak apa kaler air tu.

bila semuanya siap sya tuangkan air tu dan semua orang minum,time ni bapa sya cuma kata sedapnyer air ni,sya tak tau pulak yang dia cuma perli sya,kemudian mak pulak minum,apa lagi naik darah la mak sya,kena la piat telinga,semua orang minum minuman berlada kakakah kelakar la,tapi sya malu la mak piat telinga depan semua.hehehe

mulai insiden tu sya pastikan mata akan terbuka seluas-luasnya sebelum buat satu-satu perkara.Jadi pengajaran pada sya sampai sekarang.