Saturday, August 6, 2011

KALAU DAH BUKAN REZEKI

Rezeki lebih atau kurang Allah yang menentukan,kita sebagai hambanya kena lah redha dan bersyukur,Andai di takdirkan rezeki itu milik kita,ia akan tetap menjadi milik kita begitu juga sebaliknya.

Apa yang terjadi pada sya baru-baru ni sya kenalah redha,adatlahkan orang berniaga,sya jual barangan kecantikan kecil-kecilan pada rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja,tapi baru-baru ni mungkin atas kelalaian sendiri,sya telah berikan harga yang lain pada custumer.

Harga barang rm35.90,sya terbagi harga rm32.9,mungkin kaan-kaan kata ala,rugi rm3 jer,kalau satu unit tak pa la ni dekat 10 unit barang tu,sya dah kerugian dekat rm30.

Tapi nak buat macamna kan dah memang tertulis bukan rezeki sya,kena lah redha,Anggaplah itu sebagai harga diskaun untuk regular custumer tu,juga sebagai sedekah.

Lain kali sya akan lebih berhati-hati reply harga pada custumer dan kena semak price kat catalog betul-betul bila custumer bertanya.

                                

Friday, August 5, 2011

CIPTA KAMAR BERADU YANG ROMANTIK

Best tak tajuk?apa pun di sini sya sekadar nak berkongsi jer dengan kawan-kawan apa yang sya baca,jom tengok cara nak romantikan kamar beradu.

-sentiasa pastikan kamar tidur bersih dan kemas selalu.

-sentiasa letakkan pewangi yang di sukai pasangan,

-cat bilik menggunakan arna yang romantik seperti pic,unggu atau merah jambu.

-hias dengan langsir yang sesuai dengan konsep romantik

-pilih cadar dengan kombinasi warna yang lembut.

-biarkan pencahayaan yang suram.

-hiaskan bilik dengan lilin aroma terapi,foto perkahwinan dan hiasan bunga agar lebih romantik.

itu lah sedikit sebanyak yang dapat sya kongsikan melalui pembacaan,kawan-kawan kalau ada tips-tips yang menarik jangan lupa kongsi yer.

                  
kan best kalau dapat tempat beradu macam ni macam di awang-awangan.

LETIHHHH

Hari jumaat ni lah hari yang paling letih bagi sya, yer la hari ni la hari balik kampung kami sekeluarga,every week tak pernah miss,kedua-dua kampung kami balik,tapi yang meletihkan ialah sya lah yang kena packingkan baju-baju,amik anak-anak sekolah,then balik kampung tanpa di temani hubby,

Petang lepas balik keja hubby akan balik sendiri,maka bertambah lah keja sya,huhu,penat jugak la,tapi nak buat macamana,asalkan kedua-dua mak puas hati cucu-cucu dorang balik.

Petang sabtu sya akan runner ke rumah mertua pulak,memang lah tak jauh mana dari rumah mak sya lebih kurang 45 minit perjalanan,tapi puasa-puasa ni penat jugak,kalau tak sambil drive bole minum air lagi.

selamat menjalani ibadah puasa semua.

Thursday, August 4, 2011

KURMA


Kawan-kawan suka makan kurma tak?bulan puasa macam sekarang banyak kan di jual di pasaran,tak kira la yang basah atau yang kering,sya suka sangat kurma ni tak kira la bulan puasa atau bulan tak puasa,sentiasa ada dalam simpanan,makan sampai tak boleh berhenti tau,kadang-kadang sekotak sekejap ja habis.

Jom kita tengok khasiat buah kurma ni.semuanya dari karbohidrat.


                                    
Khasiat buah kurma
1.Makan kurma secara teratur dapat mengurangkan penyakit jantung dan kanser.

2.Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan  lemak dan kolestrol dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan  menyahkan bahan kimia yang menyebabkan kanser usus besar.

3.Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar.

4.Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-inflamasi dan anti-hemoragik.

5.Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk mata. Vitamin A juga diperlukan kulit agar sihat. vitamin A  diketahui membantu melindungi dari kanser paru-paru dan rongga mulut.

6.Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya ketahanan oksigen  dalam darah.
7.Kalium dalam kurma adalah penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu  denyutan jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung dan strok.

8.Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan diperlukan oleh badan untuk gerakan otot, penggumpalan darah dan  saraf.

9.Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, iaitu  piridoksin (vitamin B-6), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah  dan metabolisme tulang.

wah begitu banyak nyer khasiat kurma ni yer.