Saturday, July 30, 2011

REZEKI

Cerita ni dah lama dah,baru sempat nak taip sekarang ni,kisah nya surau kampung my hubby buat gotong royong membersihkan kawasan surau.tak ada picture gotong royong,coz tak snap pun,sya sibuk dengan anak-anak.

Lepas kerja gotomg royong wajib la ada acara makan-makan kan,hubby sya bawak balik la makanan tu kat rumah coz dia tak sempat nak makan,jom tengok dia baak balik apa,jeng,jeng,jeng
mee rebus,rasanya memang sedap,mee ni di sediakan oleh isteri pengerusi surau,memang meletop rasanya,secukup rasa,nak kena berguru la macam ni dengan isteri beliau.

SUKA BUAH NI

                                   
selamat pagi kawan-kawan,wah pagi-pagi sya dah buat entry pasal buah ni,sya suka sangat makan buah naga ni tau rasanya sedap sangat,kat rumah mil ada tanam buah ni,selalunya bila dah masak sya lah yang makan,orang lain kat rumah my mil tak makan so rezeki sya la kan.Hari tu sya dapat  biji buah naga yang dah masak ni,
ni rupa buah naga yang sya dah potong-potong dan letakkan dalam peti ais,pas tu boleh ngap,uish sedapnyer.makan sampai tak pandang sapa dah,rasanya memang sedap pun.Kawan-kawan suka makan buah naga tak?,suka yang kaler apa,sya suka yang kaler merah ni.

Friday, July 29, 2011

CARA NAK JAGA RAMBUT UNTUK WANITA BERTUDUNG

Jom kongsi tips lagi yer kawan-kawan,kali ni kita tengok tips nak jaga rambut bagi wanita yang bertudung pulak yer.

1-Cuci rambut dengan teratur dua atau tiga hari sekali,gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut, selepas cuci rambut,pastikan rambut di keringkan sekering-keringnya sebelum memakai tudung.

2-Merawat rambut dengan menggunakan creambath,lakukan hair creambath seminggu sekali agar dapat mengekalkan zat untuk rambut,ini juga membuatkan kulit kepala kekal sihat.

3-Sapukan rambut dengan masker seminggu sekali untuk menjaga kekuatan rambut.

4-Pilih tudung yang materialnya dari kain kapas.ini dapat memudahkan udara mengalir untuk rambut. Jangan gunakan tudung yang tebal,dan berlapis-lapis.

5-Pilih warna tudung yang cerah pada waktu siangkerana arna gelap akan menyerap haba yang berlebihan pada rambut.

PERNAH TENGOK TAK?

Ha kawan-kawan pernah tengok tak siput ni,panggil apa yer,kalau kat tempat sya panggil siput duri jer,siput ni boleh di rebus dan di makan,isinya manis,sya tak pernah makan pun tapi bapa sya yang bagitau isinya manis dan sedap.Bulan puasa siput ni sangat lah laris terutama sekali kat gerai-gerai yang jual kerang rebus waktu malam di bulan puasa.

[S2010038.JPG]
Ni siput kemudi,sya suka sangat siput ni terutama dekat daging dia tu huh sedap tau,biasanya siput ni di goreng asam jer,mendapat sambutan siput ni,rasanya manis  jer,tapi ada musim tau,nak dapat makan siput ni(tiba-tiba rasa macam nak p cari)


[205350_siput_sedut.jpg]
Yang ni mesti semua kenal kan siput sedut,siput ni pun sedap terutama sekalai buat masak lemak,terangkat habis tau,kalau kat sini siput ni di panggil siput belitung tau,terdapat kat hutan api-api dan bakau persisiran sungai.

Serba sedikit sya kongsikan nama-nama siput kat sini,tu pun sebab kebetulan sya ke jeti tempat bapa sya simpan botnya,bapa sya sorang nelayan.nak tengok kawasan jeti dan botnya nanti sya buat entry yer.