Saturday, July 2, 2011

AJAR ANAK CARA BERDIKARI

Kita ni sebagai ibu bapa kena lah tahu serba sedikit cara mendidik dan membentuk anak,walaupun kadang-kadang anak tak nak dengar apa yang kita suarakan,apapun cubaan pendekatan penting untuk mereka,kali ni apa kata kita kongsi tips cara ajar anak berdikari.

DI MEJA MAKAN
Kita boleh ajarkan si kecil mengambil nasi dan lauknya sendiri,biarkan dia menyenduk nasi,dan menyudu lauk kesukaannya,memang lah meja akan bersepah,tapi itu sebagai satu permulaan agar dia memahami.Pastikan juga dia menghabiskan makanannya.

BELAJAR MEMILIH
Cuba ajar ank menentukan pilihannya sendiri,ini akan biasa membuatkan anak biasa membuat keputusan sendiri,cthnyabiar dia memilih pakaian,kasutnya sendiri,pujuk dia agar memakai sendiri pakaian yang dipilihnya.

MENEMPATKAN SESUATU
Ajar si kecil meletakkan sesuatu pada tempatnya beri cnth kepadanyaseperti meletakkan dan mengemaskan kembali mainannya bila dia selesai bermain,mungkin juga boleh menyuruh si kecil meletakkan kasut di rak,menyimpan alatan tulisnya.

TIDUR SENDIRI
Bagi anak tidur sendiri di biliknya,pada permulaan mungkin anda boleh menemaninya sambil membaca buku cerita,bila dia sudah tertidur tinggalkan dia,bila bangun keesokkan nya puji lah dia kerana dapat tidur sendirian,si anak pasti akan nahu tidur tanpa di temani lagi

GALAK ANAK MEMBANTU
Biarkan anak-membantu,membuat kerja-kerja rumah,jika menyuruh mereka,gunakan suara yang lembut

PENING LA

Sejak baik dari demam,urat-urat n sendi-sendi rasa sakit jer,semalam baru dapat buat kerja rumah sikit-sikit,Ya Allah rumah dah jadi macam stor baju dan stor mainan jer,nak harapkan si kakak tu mana lah dia nak boleh handle kan adik-adiknya yang 3 orang yang lasak-lasak belaka tu.

Kalau lah sya ni demam berpanjangan tak dapat nak bayangkan macamna kan,encik huby lak balik dari kelantan letih tido la,kadang-kadang ada gak dia handle ank-anak,tapi apalah sangat kan,anak tengah melasak,hanya kita saja yang faham feel anak dan cara nak menanganinya.

Sya tak pernah demam sebegini teruk,tak tahu la kenapa kali ni kecundang dengan demam.sesekali demam tu masih boleh buat kerja rumah lagi,tapi kali ni memang tak berkudrat,huby pun hairan kenapa demam kali ni teruk,sya ni bukan jenis suka duduk diam walaupun sakit,sebab tu masa berpantang anak ke empat sya masih menghantar anak kesekolah walaupun masa tu baru 14 hari berpantang,rasa rimas jer duduk dan baring.

Rasa macam terpenjara ja bila asyik berkurung jer dalam rumah tanpa buat apa-apa.Demam kali ni membuatkan sya terpaksa juga berehat 2 hari dari kerja-kerja rumah,sekarang ni pun uarat-urat masih terasa sakit,tapi kena gagahkan diri juga buat kerja rumah sikit demi sedikit.

 



Friday, July 1, 2011

6 CARA MUNGKIN BOLEH MENGATASI MASALAH KEWANGAN DALAM RUMAHTANGGA

Hidup bersuami isteri ni biasa lah ibarat kata-kata P.Ramlee dalam lagunya sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.berkisar tentangn perbelanjaan isi rumah,mungki ada pihak yang tak puas hati,mungkin ada yang takut nak menyuarakan pada pasangan masalah ini.mungkin cara berikut boleh di jadikan panduan.

1-Sebagai pasangan yang berkongsi suka duka,janganlah segan bertanya kepada pasangan corak dan tabiat kewangan seperti perbelanjaannya,tanggungan hutang,bil utiliti.

2-janganlah berkira mengeluarkan sedikit budget untuk membeli dan luangkan masa membaca buku-buku menganai pengurusan kewangan,atau jumpalah pakar perancangan kewangan untuk baiki corak  pengurusan kewangan.

3-Ambil masa untuk berbincang tentang impian kewangan berdua serta bagaimana anda dan pasangan akan menghadapi waktu-waktu persaraan atau waktu anda yiada wang,kalau tidak berhemah menguruskan kewangan.

4-Berbincanglah dengan pasangan tentang cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasil pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan seta banyakkan menyimpan.

5-Dan yang paling penting,bagaimana anda dan pasangan boleh melindungi diri dan keluarga,sebagai jaminan apabila berlakunya musibah yang tak dapat dielakkan cntohnya mengambil perlindungan insuran kemalangan,insuran perubatan dan sebagainya.

6-Yang terakhir,berkerjasamalah menguruskan kewangan.


bestkan kalau dapat jimat duit sebanyak begini setiap bulan.

                
                 
                             
                    

MACAMNA BOLEH JADI MACAM TU?

selamat pagi semua,ni citer semalam la sya kan masih lagi demam semalam,n huby pulak tak da,pergi kelantan,so sya kena gagahkan diri uruskan anak-anak,walaupun tak larat.

Pagi-pagi tu bangun dalam pukul 5 siapkan sarapan untuk anak-anak,then iron baju sekolah dorang sebab malas sangat nak iron time malam tu maklum la demam,dah tu lepas sembahyang subuh kejutkan si kakak untuk kesekolah,sempat lagi sya terlelap tepi si kecik.Tak tahu la kenapa tak terdaya sangat.

Terkejut bila si kakak kata cepat ibu,dah lewat,sya pun kelam kabut start kereta,antar si kakak depan sekolah,kelam kabut jadinya,sebab dah ada assembly kat sekolah,tiba-tiba lampu kat meter minyak bernyala,adeh dah kena runner g petrol pump pulak,tak pe la kena isi gak minyak tu sebab jap g nak antar anak-anak g taski pulak.

Sampai jer petrol pump,mak oii,banyaknyer kereta dok tunggu nak isi minyak,tak pa la sya pun tunggu giliran gak,ada 4 biji keta kat depan,sya sandarkan kepala dulu kat seat,tunggu giliran,lama gak,tiba-tiba ada orang ketuk cermin,laaa sya tertidur rupanya,pekerja bangla yang kat petrol pump tu siap sound,aii adik sgt mengantuk ker,jangan halang orang mau isi mnyak,tengok sekarang sudah que,adeh malu la kna sound.

Pandang kiri kanan ramai yang dok gelak-gelak senyum,apasal eh dorang senyum kat sya?rupanyer sya pakai kasut lain-lain.hahaha.adik kat kaunter tu tegur ,kak new fashion ke?adeh lagi sekali malu,cepat-cepat isi minyak n terus blah dengan macho.Macamna la leh jadi macam tu kan?bila kenang balik boleh gelak sorang-sorang.