Monday, February 20, 2012

KENALI HATI SEORANG WANITA


Kenalilah wanita menerusi sifat semulajadi yang ada pada setiap wanita.

Wanita Sensitif :
Wanita yang sensitif bukanlah bermaksud suka merajuk , tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

Wanita Cerewet :
Wanita yang cerewet bukanlah FUSSY tak tentu pasal, kadangkala ,mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

Wanita Halus :
Wanita yang sifatnya halus ibarat sehelai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

Wanita Ikhlas :
Sifat keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui .

Pengorbanan Wanita :
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . Wanita amat tabah .

Wanita Prihatin :
Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Wanita Manja :
Walaupun seseorang wanita itu pandai berdikari, naluri seorang wnaita masih lagi tetap seorang wanita, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga sesama kaum .

Wanita Ego :
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

Cinta Wanita :
Cinta pertama bagi seseorang wanita biasanya adalah yang paling dalam dan tulus

Hubungan Seks Wanita :
Hubungan seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan .

Thursday, February 16, 2012

INGAT ORANG POMPUAN TAK TAHU KE

Hari tu sya pergi la petronas sebab nak tambah angin tayar kereta sya yang dah kurang tu.biasa la rutin mingguan untuk pam tayar kereta.

Tiba-tiba ada la sorang mamat bangla ni meluru jer arah sya,bertanya"kakak nak pam angin ke,tak pa biar saya pam,orang perempuan mana pandai pam angin kereta".sya pun tak kata apa biarkan je la dia buat.

Tapi yang paling buatkan sya nak gelak tu,mamat bangla ni pandai ke tak pam tayar kereta pun tak tau,boleh di pulas nya jarum angin tu kat kapasiti angin 50 je,heheheh dia ingat basikal ke,sya memang tak tahan nak gelak.nampak macam pandai sangat tadi,yer,yer je kata pompuan tak pandai pam,apa kes?

So sya pun kata la kat dia"setahu i,nak pam angin tayar kereta ikut kapasiti yang tertulis kat jadual ni,ikut kereta la kapasiti angin tu,macam i guna wira,dalam 250-300 la kapasiti angin dia".terus dia berlalu macam tu jer.heheheh amboi tadi kata perempuan tak pandai.sekarang sapa yang tak pandai.

Rasanya wanita zaman sekarang ni serba serbi tahu la,betul tak kawan-kawan?setuju tak?

Wednesday, February 15, 2012

CARA MUDAH MEMBUAT ANAK RASA DI SAYANGI

6 CARA MUDAH MEMBUAT ANAK MERASA DISAYANGI

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan
wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
4. Dengarkan kata-katanya
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Tuesday, February 14, 2012

KHASIAT MISAI KUCING

Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain.
Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita.
Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan seseorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut.
Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’.
Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.
Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.
Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.
SUMBER:FACEBOOK