Wednesday, February 15, 2012

CARA MUDAH MEMBUAT ANAK RASA DI SAYANGI

6 CARA MUDAH MEMBUAT ANAK MERASA DISAYANGI

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan
wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
4. Dengarkan kata-katanya
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

8 comments:

cheqna said...

terima kasih kak
insyaallah akan cheqna praktikkan suatu hari nanti =)

LYAfrina said...

amin.. panduan y sgt bagus utk mendidik anak2..

kurus said...

nice sharing dikk
TQ ;)

eB said...

dh wat. tp aerish suker wat prangai. srh buang aed.

Qhaifa Nur said...

yang pasti jangan dibezakan kasih sayang setiap anak...

tq share...

wahida said...

terus rindu kat anak2 kat taska tu...terus rasa nak balik sekarang jugak...

Kak Amy said...

thanks sharing , panduan berguna dalam mendidik anak2..

WuMing said...

Nasib baik ..setakat laa nii Anak WuMing tahu WuMing sangat sayang dia..

Dia pun sama...

Apa-apa pun terima kasih kerana ilmu yang di kongsikan..