Friday, February 3, 2012

TERKENANG ZAMAN SEKOLAH

Pagi-pagi jumaat yang suci ni tetiba jer teringat zaman bersekolah menengah dulu,tu pun pasal semalam adik angkat sya yang ingatkan,ingatkan dia dah lupa pada peel kakak angkat dia ni,maklum la dah lama zaman persekolahan di tinggalkan.

Masa zaman sekolah dulu sya sangat suka tulis ayat-ayat jiwang karat,sajak,cerpen then adik angkat sya   orang pertama yang akan jadi pembaca setia madah-madah puitis tu,hehehe.maklum la masa tu berangan nak jadi penulis la kengkononnya.

Waktu tu kalau ada ja pihak sekolah buat pertandingan sajak ke,tulis cerpen ke,sya la orang yang terawal yang akan menyertai.tapi bila hasil penulisan sya terpilih untuk di deklamasikan,sya akan suruh sorang member yang baca.takut naik pentas.

Nak tergelak pun ada bila ingat balik,kulit hadapan buku teks akan di balut dan di tulis dengan kata-kata puitis la kononnya.dan sya juga ada satu buku khas yang tebal untuk tulis semua madah-madah.heheheh.

Sekarang ni,nak tulis ayat jiwang pun dah tak pandai dah,dah tumpul otak agaknya,semalam bila adik angkat ingatkan balik,tergelak jugak la,dia suggest sya tulis balik ayat-ayat puitis tu sebab dia nak jadi orang pertama baca,macam dulu-dulu jugak.Untuk nani sory la akak,tak boleh menulis ayat jiwang-jiwang dah.otak dah tumpul dik oii.Kawan-kawan dulu suka tak tulis surat or word yang jiwang-jiwang feeling habis la?

Thursday, February 2, 2012

KHASIAT BENDI



BENDI memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkasn otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkask atau radang. Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalambuahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.Ada di setengah-tengahj tempat, bijinya menggantikan biji kopi. Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya. Kalau berkesan bagi tau kat kawan/kawang2.
Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

NI LA SIKAP ORANG KITA

Bila komen  n kata macam-macam orang kata kita ni tak nak bela nasib kaum dan bangsa kita.sya sekarang tengah renovate  rumah,n hanya upah tukang rumah jer wat awning di hadapan.

tapi huhuhuh,melampau betul si tukang rumah ni,dah la bayaran yang dikenakan melambung harganya,makan minum,sya sediakan,tapi hasil kerjanya,tak kemas tak banyak yang tak sempurna.kemarin hujan lebat,bumbung yang dia buat bocor,so my hubby panggil lah dia balik betulkan,coz dia dah janji nak buatkan semula  dengan percuma if ada kerosakan yang dia buat,tup,tup,dia minta bayaran lagi pada hubby sya.
kerosakkan yang berlaku pada bumbung tu adalah dari dia,tapi kami yang kena tanggung,tak patut kan.Hubby terlebih bertolak ansur sangat.so naik lemak la tukang rumah tersebut.
 Memang tak puas hati betul la dengan tukang buat rumah ni.Selepas terkena insiden macamni,kami akan lebih berhati-hati lagi.

Wednesday, February 1, 2012

KERANA RM10

Tajuk macam gempak,tapi tak gempak mana pun.ok ni yang berlaku pada sya kemarin la,dalam tak sihat tu tanggungjawab tetap kena perlu laksanakan,kemarin sempat lagi la ke kedai buku sekolah anak sya,untuk membeli seluar sukan dan baju kafa.

Ramai jugak ibu-bapa yang baru datang membeli sluar sukan,ada seorang kakak yang jaga kedai buku sekolah tu.sangatlah sibuk,so dia terbagi lebih rm10 pada sya,sya pun dah tak check dak baki duit yang dia bagi terus letak dalam wallet dan bergegas sebab nak bawak anak ke klinik.Petang baru tersedar yang dia dah terlebih baki baki kat sya.
so pagi-pagi tadi sya ke kedai buku dan pulang kan balik duit yang dia bagi lebih tu rm10.yer la tu kan duit orang,bukan hak kita.Masyallah,di peluknya nya sebab pulangkan balik baki duit tu,katanya dia baru ja buat kira-kira memang tak cukup duit jualan.baru jer dia nak gantikan dengan duit dia tapi sya dah datang bagi balik.

Dia kata susah nak jumpa orang yang pulangkan balik hak orang lain.sambil-peluk-peluk sya,sambil dia bersyukur.Memang best sangat kalau kita ringan kan beban orang kan?walau nilai baki wang tu hanya sepuluh ringgit,sekurang-kurangnya ukhwah antara sya dan kak tu terjalin.yer la selama ni jumpa setakat senyum je la.