Monday, December 12, 2011

MANJA

Sejak kelua dari hospital hari tu anak-anak sya yang ke tiga dan keempat sangat lah manja,terutama sekali anak yang ketiga,manja mengalahkan adik dia huhuhuh,penat melayan karenah budak ni.Nak tidur pun berbantalkan lengan ibu,nak makan pun nak ibu suapkan,nak mandipun harap kan ibu,padahal umu dah 5 tahun lebih dah.

kadang-kadang kesian tengok si adik yang terpinggir di tepi bila si abang manja,adik bawa jer diri.Si kecik pun sekarang macam dah fobia bilaorang lain buatkan susu dia,nak sya jer yang buat.Si abang yang no tiga tu jeles telampau la bila lebihkanadik.Kadang-kadang bila tegur sikit merajuk,macam gegirrl.Sampai si adik dah tak panggilnama  abang dia,abang Sofi,tapi di panggil abangnya abang Sofiah.Macam-macam kan.

ni la budak yang manja tu,asyik nak berkepit je

KHASIAT BAYAM


Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam yang juga dikenali dengan nama Spinach, sekurang-kurangnya tterdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayabertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran uH ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Bayam Penambah darah

Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangafolat.

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi.

Friday, December 9, 2011

UNTUK PARA SUAMI,MENGHADAPI ISTERI YANG CEREWET

Adakah isteri yang tidak cerewet? Sulit menemukannya. Bahkan isteri Khalifah sekali pun Umar bin Khatab pun cerewet.

Seorang laki-laki berjalan tergesa-gesa. Menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab. Ia ingin mengadu pada khalifah; tak tahan dengan kecerewetan isterinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah, laki-laki itu tertegun. Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang mengomel, marah-marah. Cerewetnya melebihi isteri yang akan diadukannya pada Umar. Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah. Umar diam saja, mendengarkan isterinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki itu mengurungkan niatnya, batal melaporkan istrinya pada Umar.

Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat isterinya mengomel? Mengapa ia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, ia selalu tegas pada siapapun?

Umar berdiam diri kerana ingat 5 hal. Isterinya berperanan sebagai BP4. Apakah BP4 tersebut?

1. Benteng Penjaga Api Neraka

Kelemahan laki-laki ada di mata. Jika ia tak boleh menundukkan pandangannya, nescaya panah-panah syaitan berpeleseran dari matanya, membidik tubuh-tubuh elok di sekitarnya. Panah yang tertancap membuat darah mendesir, bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal; syahwat.
Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari. Adalah isteri tempat ia mengalirkan berjuta gelora. Biar lepas dan bukan azab yang kelak diterimanya Ia malah mendapatkan dua kenikmatan: dunia dan akhirat.
Maka, ketika Umar terpikat pada liukan penari yang datang dari kobaran api, ia akan ingat pada isteri, pada penyelamat yang melindunginya dari liukan indah namun membakar. Bukankah sang isteri dapat menari, bernyanyi dengan liukkan yang sama, lebih indah malah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu isteri yang solehah selalu menjadi penyemangatnya dalam mencari nafkah.

2. Pemelihara Rumah

Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Ia pengumpul dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya. Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada isteri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tak menguap sia-sia. Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.
Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula ia mau dibayar. Nescaya sulit menemukan pemelihara rumah yang lebih teladan daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya ia mendengarkan omelan isteri, kerana (mungkin) ia lelah menjaga harta-harta sang suami yang semakin hari semakin membebani.

3. Penjaga Penampilan

Umumnya laki-laki tak boleh menjaga penampilan. Kulit legam tapi berpakaian warna gelap. Tubuh montel malah suka baju bermotif besar. Atasan dan bawahan sering tak sepadan. Untunglah suami punya perunding imej yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilihkan apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang. Suami yang tampil menawan adalah wujud ketelitian isteri. Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecakapannya itu..

4. Pengasuh Anak-anak

Suami menyemai benih di ladang isteri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan isteri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Isteri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Sihat dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang disalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke depan, mengaku, ?akulah yang membuatnya begitu.? Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar faham benar akan hal itu.

5. Penyedia Hidangan

Pulang kerja, suami memikul lelah di badan. tenaga berkurang, membanting tulang seharian. Ia perlu makanan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami cuma tahu ada hidangan: ayam panggang kicap, sayur asam, sambal terasi dan lain-lain. Tak terfikir olehnya harga ayam melambung; tadi bagi isterinya sempat bertengkar, menawar, harga melebihi anggaran. Tak perlu suami memotong sayuran, ikan, ayam atau memasak. Tak pening ia memikirkan berapa sukatan garam secukup rasa agar rasa sedap di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang makan dengan jumlah berlebihan; meninggalkan sedikit saja untuk isteri si juru masak. Tanpa ambil kira isteri selalu menjadi juru masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam ingatan makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan ini, Umar kerap diam setiap isterinya mengomel. Mungkin dia letih, mungkin dia jenuh dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentanginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang isteri, tak mengapa dia mendengarkan keluh kesahnya..

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah ia menasihati, dengan cara yang baik, dengan bergurau senda.

Akankah suami-suami masa kini dapat mencontoh perilaku Umar ini. Ia tak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.

ISTIMEWANYA CIPTAAN ALLAH

Setiap benda yang Allah ciptakan ada manfaat dan khasiatnya pada kita.Betapa dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.Mari perhatikan beberapa tumbuhan yang terdiri dari buah-buahan dan sayuran yang Allah rezekikan pada kita agar kita tahu dan kenal bahawa tumbuhan itu amat bermanfaat pada tubuh kita.

LOBAK MERAH
Cuba hiriskan lobak merah secara membulat.Perhatikan rupanya.Hirisan lobak merah tadi seperti mata manusia.Ada anak mata,iris dan lingkaran sinar sama strukturnya seperti mata manusia,ertinya,lobak merah sangat bagus untuk kesihatan mata,ini di buktikan oleh kajian sains iaitu lobak merah sangat membantu pengaliran darah ke mata sekaligus memperbaiki fungsi mata.

WALNUT
Kacang ini kelihatan seperti otak kecil,terbahagi kepada hemisfera kiri dan kanan,serebrum atas dan serebrum bawah,sama seperti otak manusia.Hari ini telah terbukti bahawa kacang walnut membantu lebih tiga dozen pemancar neuron untuk fungsi otak.

TOMATO
Cuba kita belah tomato secara bulat melintang,kita akan dapati tomato terbahagi kepada empat ruang,tomato juga berwarna merah.penyelidik sains mendapati tomato seiras dengan jantung dan darah(jantung manusia ada empat ruang,darah pula berwarna merah).Jesteru tomato amat baik untuk kesihatan jantung dan darah.

ANGGUR
Anggur tergantung pada pokoknya dalam gugusan yang kelihatan seakan jantung,setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah.Penyelidikan hari ini mendapati,anggur memberi manfaat pada jantung dan merupakan makanan yang amat baik untuk darah.

TERUNG,AVOKADO DAN PIR
Buah-buahan ini kelihatan sama dengan organ peranakan kaum hawa,justeru itu buah-buahan ini disasarkan pada kaum wanita untuk fungsi rahim dan serviks,Penelidikan kini menunjukkan bahawa wanita yang memakan sebiji avakado seminggu dapat menyeimbangkan hormon,menyingkirkan berat badan semasa mengandung dan menghalang kanser serviks.Avokado mengambil masa sembilan bulan untuk tumbuh,berbunga dan berbuah ranum menyamai tempoh kehamilan wanita.ia sangat baik untuk kesihatan wanita.

Subhanallah betapa Allah amat menyayangi hamba-hambanya,setiap yang di ciptakan mempunyai keistimewaan yang dapat di manfaatkan oleh manusia.Marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap kejadian darinya.