Tuesday, September 27, 2011

HOBI

Semua sedia maklum,hobi suami sya memancing,wekend jer tak pernah ada kat rumah,mesti ke laut la.Ha nak tahu hoby wife dia pulak,jeng,jeng




ha kawan-kawan ni la hobi sya membaca,tak kira la apa magazine sekalipun janji dapat membaca,yang paling suka yang ni la magazine mingguan wanita,dari sini sya dapat info dan kongsi dengan kawan-kawan semua,best sangat,sebenarnya tak kira bahan bacaan apapun sya suka baca,kadang tu yang kelakar anak-anak pinjam buku citer kanak-kanak pun sya ble tumpang baca.

sekarang si kecik dah ikut perangai sya,membaca,walau pun dia tak pandai tapi selalu ambil buku dan tengok gambar je,pic tu sebahagian dari koleksi magezine yang sya ada,ada 4 lagi kotak besar yang penuh dengan magazine dan bahan bacaan sebenarnya.Sapa-sapa yang ada hobi yang sama dengan sya?bole la share-share ilmu dari bahan bacaan kita. 

APA YANG TERKANDUNG DALAM SEBIJI BUAH KIWI

Selamat pagi semua kawan-kawan,harap sihat semuanya yer,hari ni sya nak kongsikan lagi khasiat sejenis buah ni yer,ada sapa-sapa kat sini suka makan buah kiwi tak?sila angkat tangan.

           setengah orang tidak suka buah kiwi ni,buah kiwi berbentuk lonjong dan mempunyai bulu halus,rasanya masam-masam manis,ada yang tak suka rasanya.namun buah kiwi banyak khasiatnya tau.

Diantara khasiat buah kiwi ialah buah kiwi menghasilkan vitamin c yang banyak yang mana vitamin c baik untuk kesihatan kita,ia juga mengandungi serat yang boleh menolong mengurangkan masalah sembelit dan masalah pencernaan.Buah kiwi kaya dengan khasiat imunisasi yang boleh menghindari penyakit,ia juga mengandungi beta karotine yang tinggi.

Monday, September 26, 2011

ALAHAI ANAK-ANAK

Anak sya yang kecil tu dah menunjukkan bakat-bakat nak menulis tau,pantang di beri kertas dan pen mula la dia menulis,alhamdulillah,walau pun dia cuma conteng sekurangnya dia dah mahu pegang pen ataupun pensil.

Tapi yang tak seronoknya dengan perangai si kecik ni,aduh segala benda nak di contengnya,kaki,tangan jangan cerita lah,mmg penuh dgn pen.tapi cer tengok picture ni,huhuhu.






dinding bilik tidur kedua di jadikan kanvas untuk melukis,huhuhu sadis sungguh la,sya terlepas pandang masa dia tengah mencurahkan ideanya di dinding,waaaa tak pasal kena cat lain nanti.Tapi tak la sampai  nak marah sebab biasa la budak-budak dalam proses belajar kena agi galakkan,tapi jangan bagi galakkan menconteng dinding lagi,galakkan menulis di atas kertas.

PETUA ENAKKAN SARDIN

Ikan sardin memang enak di makan,tapi kadangkala apabila di masak akan menimbulkan bau yang kurang enak,pastinya bau itu akan membuatkan kita hilang selera nak makan sardin tersebut.

Okey kawan-kawan,untuk menghilangkan bau tersebut,dan melazatkan sardin yang di masak,masukkan serai,atau daun limau ataupun daun kesum semasa memasak.sardin tidak akan menimbulkan bau.

Masak dengan menggunakan api yang sederhana dan masak sardin dengan lama sedikit,pastikan bawang dan cili yang di tumis betul-betul masak ye.