Monday, September 26, 2011

ALAHAI ANAK-ANAK

Anak sya yang kecil tu dah menunjukkan bakat-bakat nak menulis tau,pantang di beri kertas dan pen mula la dia menulis,alhamdulillah,walau pun dia cuma conteng sekurangnya dia dah mahu pegang pen ataupun pensil.

Tapi yang tak seronoknya dengan perangai si kecik ni,aduh segala benda nak di contengnya,kaki,tangan jangan cerita lah,mmg penuh dgn pen.tapi cer tengok picture ni,huhuhu.






dinding bilik tidur kedua di jadikan kanvas untuk melukis,huhuhu sadis sungguh la,sya terlepas pandang masa dia tengah mencurahkan ideanya di dinding,waaaa tak pasal kena cat lain nanti.Tapi tak la sampai  nak marah sebab biasa la budak-budak dalam proses belajar kena agi galakkan,tapi jangan bagi galakkan menconteng dinding lagi,galakkan menulis di atas kertas.

PETUA ENAKKAN SARDIN

Ikan sardin memang enak di makan,tapi kadangkala apabila di masak akan menimbulkan bau yang kurang enak,pastinya bau itu akan membuatkan kita hilang selera nak makan sardin tersebut.

Okey kawan-kawan,untuk menghilangkan bau tersebut,dan melazatkan sardin yang di masak,masukkan serai,atau daun limau ataupun daun kesum semasa memasak.sardin tidak akan menimbulkan bau.

Masak dengan menggunakan api yang sederhana dan masak sardin dengan lama sedikit,pastikan bawang dan cili yang di tumis betul-betul masak ye.

                  

Sunday, September 25, 2011

SUARA HATI ISTERI



Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum

terlewat..." Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu
 bererti dia tidak dapat menahannya lagi... Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan
tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak
akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan
menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia
sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang
isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh
pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu
disaat kau terperuk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang isteri menangis
keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya... Mungkin, kerana keputusanmu, kau
merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis
keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan
SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik
KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya
merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang
dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi
anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU,
MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu
TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat
KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa
membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg
soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka
begitu BERHARGA... dan sangat BERHARGA.



suara hati seorang isteri,

Saturday, September 24, 2011

DI LEMA YANG DI HADAPI SEBAGAI ISTERI,IBU DAN ANAK

situasi 1
isteri: Abang u tengok la anak-anak kita tu,tak nak tolong i buat keja rumah pun,sepahkan mainan taknak simpan balik,baju kotor tak di masukkan dalam bakul,longgok macam tu jer,i penat la buat keja rumah sorang-sorang.

suami: IKut perangai u la tu,u pun tak pandai nak uruskan rumahtangga,(sambil bukak baju terus ke bilik air tanpa mengambil baju untuk di masukkan ke bakul baju kotor)

isteri:(akuke dia yang tunjuk teladan tak baik ni?)*hanya berkata dalam hati*

**kesimpulannya:Perangai anak-anak bukan berpunca dari kesalahan pasangan seorang tapi cara didikan dan teladan dari kedua orang tua.
========================================
situasi 2

Ibu:Alif tolong ibu ambilkan penyapu,kat dapur,ibu nak menyapu apa yang Alif sepahkan ni.

Anak:kejap ibu,5 minit,

5 minit berlalu

Ibu:Aliff........

Anak:kejap ibu,5 minit.

Ibu:Alif ibu tak suka la Alif buat kerja suka bertangguh,macam ni,tak baik tau.

Anak:Ala bu,abah selalu buat macam tu kan bila ibu suruh tolong,tak pe pun,Alifkan anak abah,Alif ikut abah la.

Ibu:?????

**kesimpulan:jangan tangguh kan kerja di hadapan anak,walau semalas mana pun**
===============================================

situasi 3

Mertua:Ani kejap lagi tolong bawak mak ke kedai kain,mak nak beli kain la.

menantu perempuan:Yer la mak,(tiba-tiba,telefon berbunyi,dapat panggilan dari ibunya mengajak ke hospital,ibunya demam.)

mertua:siapa tu ani?

menantu perempuan:Maaf mak,tak boleh bawak mak beli kain,ibu sakit,nak ke hospital.

mertua:yer lah,ko mesti nak lebihkan ibu ko yang sakit tak seberapa tu,mak ni sapa yang kau nak peduli,anak mak tu(suami si ani) nak tido,sebab tu lah mak mintak tolong ko,tapi ko lebihkan mak ko.

menantu perempuan:(serba salah)

**kesimpulan:tak tau nak buat kesimpulan mana satu si isteri patut dahulukan?**