Thursday, September 15, 2011

KHASIAT BUAH DELIMA

Kawan-kawan suka makan buah delima tak?ada yang suka ada yang tak makan buah ni kan? rasanya masam-masam manis,juga segar,buah delima ni banyak khasiatnya tau.

salah satunya,buah delima ni dapat merendahkan tahap kolestrol dalam badan kita,ia bertindak sebagai antioksida yang bauk untuk jantung dan peredaran darah.

Buah delima juga dapat mencegah kanser payudara,ia membantu membaiki sel-sel dala tubuh badan kita yang rosak,ia memberi perlindungan dari penyakit jantung dan kanser kulit juga.

Antara khasiat lain,buah delima dapat membantu mencegah penyakit alzheimer,kekurangan darah dan kencing manis.

tapi sya teringat la masa time sya preggy dulu,mak sangat galakkan sya makan buah delima tu walaupun sebenarnyer sya tak suka,dan sya tak sempat tanya mak kenapa kena makan,kawan-kawan tahu tak kenapa?jom kongsi dengan sya.

                         

Wednesday, September 14, 2011

SELESAI

Hari sabtu lepas,selesai lah sudah penyerahan duit hantaran pada bakal adik ipar sya,kalau tak ada aral yang mendatang mereka akan diijabkabulkan 19hb november nanti,

Sya,mak dan bapa dah menyerahkan wang hantaran pada pihak perempuan pada hari sabtu hari tu.jom layan gambar la.

ni gambar budak berdua yang nak kawen tu,letak depan album.



duit yang sya dah masukkan dalam album untuk di serahkan pada pihak perempuan.

berbincang diantara keluarga sebelum pergi.

bulan 11 ni,akan diadakan majlisnya,dah tak lama dah,lepas ni mak sya akan dapat seorang lagi menantu.

WORDLESS WEDNESDAY


SELESAI

Tuesday, September 13, 2011

TERSENTUH HATI

Raya ke 10 hari tu sya berkesempatan la menziarah sanak-saudara yang tak sempat ziarah sebelum ni,dan sekaligus menunaikan tanggungjawab sya memberi bantuan pada golongan yang memerlukan.

Dan sya berkesempatan pergi seorang insan yang istimewa ni,dulu dia pernah mengajar anak-anak kampung mengaji Alquran dan suaranya sangatlah merdu,sekarang ni dia dah tak sekuat dan segagah sebelum ni.dia dah tak ingat sesiapa dah,memang sedih dan sayu jer hati bila melihat keadaan dirinya.

Kini dia tinggal berdua sahaja bersama isterinya,anak-anak langsung tak pedulikan dia,memang sedih.
cer tengok,insan ini la yang dulunya mengajar anak-anak kampung ngaji,mengajar ilmu agama.sekarang ni dah tak kuat lagi dan dah tak ingat sesiapa.sya panggil dia tok wa.

ini lah keadaan kediaman mereka yang tinggal berdua sahaja,sangat sedih hingga menimbulkan keinsafan dalam diri sya,semoga dua insan ini tabah mengharungi hidup,tanpa di kelilingi anak-anak


betapa sya insaf melihat keadaan mereka dan berjanji sebagai seorang anak,sya tak akan buat begitu pada kedua ibu bapa dan mertua sya,sangat-sangat sedih,huhu membiarkan ibu bapa dalam keadaan sedemikian.