Hari ni 10syawal,semasa hantar anak-anak ke taski sya di kejutkan dengan kematian suami seorang rakan sya kat sini,yang sya panggil kak farah,kak farah ni selalu berbual,bercerita dengan sya tiap kali kami berjumpa semasa menghantar anak mengaji Al-Quran kat kawasan perumahan kami.
Takziah pada keluarga kak farah,semoga kak farah tabah menghadapi dugaan ni.Kesiankan bila mengenangkan anak-anak kak farah yang terlalu rapat dengan arwah abah mereka,kak farah pulak tak kerja apa hanya surirumah sepenuh masa,sekarang kehilangan pulak tempat bergantung,hanya Allah yang tahu.
Bila mengenangkan nasib kak farah ni,sya jadi insaf sangat,sebab sya pun surirumah sepenuh masa juga,hanya berniaga kecil-kecilan,bila hilang tempat bergantung macam tu tentu kalut kan tambah lagi anak-anak masih bersekolah.Itu yang menjadikan sya insaf,sebagai surirumah 80% punca pendapatan dari suami,kalau suami tak ada tentulah susah.
So mulai sekarang kena lah pandai kawal perbelanjaan,untuk saving lagi lebih,memang tiap-tiap bulan ada saving,tapi sya berazam nak saving lagi lebih,kan malang tidak berbau,so sediakan payung sebelum hujan.kawan-kawan macamana,jom-jom kita pakat-pakat saving pendapatan kita,terutama sekali pada suri-surirumah tu,kawal perbelanjaan kita yer insyaallah,kita boleh buat,sebab jika terjadi sesuatu,contohnya seperti kak farah tadi.kita dah ada alternatif lain menyara keluarga sebelum kita dapat sumber pendapatan lain,tak la terkapai-kapai.
ALFATIHAH UNTUK SUAMI KAK FARAH
Thursday, September 8, 2011
Wednesday, September 7, 2011
PERJUMPAAN SEMULA RAKAN SEKOLAH SMSA.
Alhamdulillah setelah lama terpisah,jumpa pun sekali sekala akhirnya bertemu juga dengan sebahagian dari rakan sekolah sya yang menuntut satu smsa dulu.Terubat sedikit sebanyak rindu di hati,bertemu mereka.
Tanggal 2.9.2011,bersamaan 4 syawal,sya bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah yang lama tak bertemu,memang best,thanks kepada rakanku siti hajar,coz sudi menjadikan kediaman beliau sebagai tempat kami bertemu.
Terubat rasanya rindu di hati bertemu kalian semua.jom layan pic la yer,pic ni minta izin dari salah seorang rakan di facebook.

Diantara rakan-rakan yang hadir dalam perjumpaan tersebut,terlepas la segala rindu pada dorang

me with siti zairiah,n anak-anak,

antara tetamu yang hadir,ada di kalangan ahli keluarga hajar

ku ayu dan siti rohani,sayang depa ni ketat-ketat

zairiah,siti hajar(tuan rumah) dan seorang lagi rakan sya norain

rakan lelaki tunggal yang datang bersama beloved wife dia,dah lama tak jumpa ni.
Dapat juga berjumpa dengan dorang,memang tak dapat nak lupa coz lepas ni semua akan kembali sibuk dengan tugas dan kehidupan masing-masing,hope u all semua success.
Tanggal 2.9.2011,bersamaan 4 syawal,sya bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah yang lama tak bertemu,memang best,thanks kepada rakanku siti hajar,coz sudi menjadikan kediaman beliau sebagai tempat kami bertemu.
Terubat rasanya rindu di hati bertemu kalian semua.jom layan pic la yer,pic ni minta izin dari salah seorang rakan di facebook.

Diantara rakan-rakan yang hadir dalam perjumpaan tersebut,terlepas la segala rindu pada dorang

me with siti zairiah,n anak-anak,

antara tetamu yang hadir,ada di kalangan ahli keluarga hajar

ku ayu dan siti rohani,sayang depa ni ketat-ketat

zairiah,siti hajar(tuan rumah) dan seorang lagi rakan sya norain

rakan lelaki tunggal yang datang bersama beloved wife dia,dah lama tak jumpa ni.
Dapat juga berjumpa dengan dorang,memang tak dapat nak lupa coz lepas ni semua akan kembali sibuk dengan tugas dan kehidupan masing-masing,hope u all semua success.
KEMBALI
Hai kawan-kawan semua lama tak jengok blog,sebelum ni sibuk dengan persiapan menyambut syawal,lepas tu bila ada mood nak update,internet buat hal,hangin jugal la.
Banyak yang nak kongsikan bersama kawan-kawan,macamna hari raya kawan-kawan semua?semoga bergembira di samping orang-orang yang tersayang yer,internet dah ok ni, apa lagi boleh la beraya kerumah kawan-kawan semua walaupun di alam maya.
Banyak yang nak kongsikan bersama kawan-kawan,macamna hari raya kawan-kawan semua?semoga bergembira di samping orang-orang yang tersayang yer,internet dah ok ni, apa lagi boleh la beraya kerumah kawan-kawan semua walaupun di alam maya.
Sunday, September 4, 2011
DENGARLAH CERITA ISTERIMU
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.
Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.
Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.
Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".
Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".
Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.
Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.
Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.
Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.
Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.
Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret
sumber:iluvislam.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
