Tuesday, August 23, 2011

TERUJA

Anak-anak sya teruja sangat nak naik feri,so aritu ada urusan sikit kat penang sya bawak la anak-anak naik feri,memang excited dorang ni macamtak penah naik,walhal berkali-kali naik feri dah.
jom layan gambar.
ni view sebelum naik ke feri

budak-budak yang keterujaan masa naik feri,mulut tak henti bercakap

paling teruja budak ni la

pandangan di tengah laut

Monday, August 22, 2011

MENGAPA ANAK SUSAH NAK MAKAN

Kadang-kadang bukan anak saja yang susah makan,kita sebagai ibu pun susah hati jugak bila anak tak berselera makan.jom tengok sebab-sebab anak susah nak makan.

bosan dengan makana yang sama
bila bayi berusia 6 bulan keatas,anak akan berasa bosan dan malas untuk makan.itu belum lagi bila mkanan di kisar bercampur aduk, seperti orang dewasa mereka juga cepat bosan bila makan menu yang sama,penyelesaiannyaialah pelbagaikan menu harian anak-anak.

makanan yang terlalu padat dengan kalori
bila memberia anak coklat,makanan ringan dan sebagainya sebelum makan tengahari akan menyebabkan anak dah tak mahu makan lagi akibat kenyang dengan benda-benda tersebut,penyelesaiannya elakkan memberi makanan ringan sebelum tiba waktu makan

terlalu banyak minum susu
susu dianggap makanan utama sebagai pengganti nasi.ibu-ibu biasanya takut anak kelaparan dan memberikan susu.susu hanya memenuhi keperluan kalsium dan fosforus,bila anak berusia 1 tahun keatas anak hanya perlukan2 gelas susu sahaja.

HASIL

Huby sya sedia maklum memang gemar memancing,bulan puasa ni pun tetap dengan hobinya memancing,tapi adalah juga hasilnya yang berjaya di bawa balik dari laut,baru-baruni pun dia pergi memancing ni lah hasilnya.

yang ni dari laut
ni la hasil tangkapannya,yang atas tu ikan senangin dan yang bawah tu ikan nyok-nyok,taktau la kat tempat kawan-kawan panggil apa

ikan senangin

 model ikan nyok-nyok

yang sorang lagi model ikan senangin.


minggu ni pun mungkin huby sya nak pergi memancing lagi,hmmm tu la aktiviti dia di hujung minggu.

Saturday, August 20, 2011

DAH BASI

Kemarin sya ke pasar ramadhan kat kampung sya,niat di hati tu nak tengok n tinjau-tinjau la lauk-pauk atau juadah yang berkenan di hati,tak nak beli banyak pun,sebab dah masak kat rumah,ini yang sya berkenan pun,suka kerabu ni walaupun time bukan bulan puasa.


gambar blur sikit,sya beli rm3 kerabu ni tau sebab ingat nak makan dengan nasi n ratah-ratah jer,tapi malangnyer tiba jer waktu berbuka dan nak mula makan,kerabu ni dah basi waaaaaaa,mana aci tak sempat makan huhuhu,kalau tahu lebih baik buat sendiri,tak nak beli dah kat pasar ramadhan.