Tuesday, August 2, 2011

MACAM-MACAM RAGAM BERPUASA

Dah masuk hari ke dua umat islam berpuasa kan,harap-harap semua dapat menjalankan ibadat puasa dengan sabar dan takwa.Ibu-ibu tentu sibuk la dengan urusan anak-anak dan rumahtangga.

Anak-anak sya ke dua dan yang ketiga,tahun ni baru belajar puasa,macam-macam karenah dorang yang si adik tu memang tak boleh tahan lapar langsung,umur dah 5 tahun,suruh puasa setengah hari pun tak dapat,kelmarin try jugak la bagi dia puasa,tapi pukul sembilan dia dah nangis lapar adoi,siap guling-guling lagi,nak tak nak terpaksa la bagi dia makan.
Niat di hati tu memang nak bagi dia belajar berpuasa,tapi apakan daya,tak tahan lapar rupanya budak ni.


Yang si abang tu,boleh bertahan sampai pukul 2 saja,lepas tu dah buka puasa,sebabnya nampak adik dia yang no 3 tadi minum milo,adoi tak tahan dugaan gak budak ni,tapi apa pun hari ni dia janji nak try puasa lagi,semoga dia dapat berpuasa penuh.

Bukan nak paksa budak berdua ni puasa,tapi nak ajar slow-slow agar dapat berpuasa.Anak lelaki memang tak sama dengan anak perempuan,si kakak start berpuasa penuh umur 5 tahun,tapi budak berdua ni kena la slow-slow

Monday, August 1, 2011

TIPS MEMBELI PAKAIAN RAYA

Wah bulan ramadhan baru masuk,terus nak kongsi tips membeli pakaian raya yer,hehehe,tapi sya rasa kaan-kaan semua mesti dah bersedia dari awalkan,baru la tak kelam labut.jom tengok tips.

-Rancang awal,2-3 bulan sebelum menjelang bulan puasa. gedung beli-belah menawarkan harga rendah,bagi meningkatkan jualan pada musim tersebut,pandai-pandailah merancang.

-bajetkan perbelanjaan,sebelum keluar beli belah setkan otak membeli pakaian mengikut bajet yang telah di tetapkan sahaja, jangan terlebih,setiap pakaian yang di beli harus lah mengikut bajet yang di sediakan.

-buat persediaan cntohnya dengan membawa contoh cebisan pakaian,sekiranya hendak membeli padanan pakaian yang sedia ada,tidak lah kita tersalah membeli kain pula.

-sebaiknya ketahui saiz pakaian yang hendak di beli,supaya tidak tersalah saiz dan perlu kembali untuk menukar pakaian tersebut,tidakkah itu membuang masa dan petrol?

-sentiasa periksa keadaan pakaian dan mengesan kecacatan pakaian bermula dari keruk leher atau kolar sehinggalah bahu,dada,pinggang,punggung dan kelepet,anda berhak mendapat yang terbaik sebagai pengguna.

Itu je tips yang dapat sya kongsikan buat kawan-kawan semua,selamat berpuasa dan menggandakan pahala di bulan yang mulia ini.

TEMPAT MENCARI REZEKI

Tiap kali balik kampung tempat ni lah yang sya kan bawak anak-anak pergi,bagi sesetengah orang tempat ni tak best pun,tapi bagi sya tempat ni lah yang banyak meninggalkan kenangan dan pahit getir dalam hidup.tempat di mana ayah sya membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga.
di antara deretan-deratan perahu ini lah sya selalu bermain melangkah dari satu bot ke satu bot.kadang-kadang terjatuh dalam sungai.tapi stil boleh gelak lagi

pemandangan yang menghala ke laut,jeti ni penghujung dia laut

ini lah ayah sya,masih kuat dan bertenaga mencari rezeki alau pun sekarang ni tanggungannya hanya lah seorang,namun katanya dia tak boleh dok saja.


tengok betapa tekunnya anak sya yang kedua memerhatikan tok wan nya membersihkan jaring-jaring.

Semoga ayah sya akan terus sihat selalu,di kurniakan rezeki yang lebih dan kesihatan yang berpanjangan,i love u bapak,

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ramadhan dah menjelang ni,sya harap semua kawan-kawan dapat menunaikan ibadah puasa ni dengan senang hati,jom kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ni,ramadhan ni lah yang membuatkan keluarga bersatu kembali terutama hari pertama berpuasa,

Dan jangan lupa jom lah kita kejar ganjaran pahala solat terawih yer,ini lah saat indah bila tiba bulan ramadhan,di mana malam-malam semua akan berpusu-pusu ke surau atau masjid menunaikan solat terawih.

Selamat berpuasa yer kawan-kawan.