Monday, August 1, 2011

TIPS MEMBELI PAKAIAN RAYA

Wah bulan ramadhan baru masuk,terus nak kongsi tips membeli pakaian raya yer,hehehe,tapi sya rasa kaan-kaan semua mesti dah bersedia dari awalkan,baru la tak kelam labut.jom tengok tips.

-Rancang awal,2-3 bulan sebelum menjelang bulan puasa. gedung beli-belah menawarkan harga rendah,bagi meningkatkan jualan pada musim tersebut,pandai-pandailah merancang.

-bajetkan perbelanjaan,sebelum keluar beli belah setkan otak membeli pakaian mengikut bajet yang telah di tetapkan sahaja, jangan terlebih,setiap pakaian yang di beli harus lah mengikut bajet yang di sediakan.

-buat persediaan cntohnya dengan membawa contoh cebisan pakaian,sekiranya hendak membeli padanan pakaian yang sedia ada,tidak lah kita tersalah membeli kain pula.

-sebaiknya ketahui saiz pakaian yang hendak di beli,supaya tidak tersalah saiz dan perlu kembali untuk menukar pakaian tersebut,tidakkah itu membuang masa dan petrol?

-sentiasa periksa keadaan pakaian dan mengesan kecacatan pakaian bermula dari keruk leher atau kolar sehinggalah bahu,dada,pinggang,punggung dan kelepet,anda berhak mendapat yang terbaik sebagai pengguna.

Itu je tips yang dapat sya kongsikan buat kawan-kawan semua,selamat berpuasa dan menggandakan pahala di bulan yang mulia ini.

2 comments:

Unknown said...

kdg2 dah bajet2 sat lagi pun terover bajet...huhu

selamat berpuasa....

~izan~ said...

owh byk tips berguna.. dah siap persiapan raya? izan buat sikit2 aje sbb beraya pun tak cukup ahli huhu

salam ramadhan!~