Thursday, July 28, 2011

MENGELAKKAN KUALI MELEKAT MASA MENGGORENG

Kawan-kawan biasa tak menghadapi makanan yang di goreng melekat pada kuali?kadang-kadang tension jugakkan,makanan tu akan jadi hancur-hancur bila kita terbalikkan.

Jom tengok cara berikut mana lah tahu dapat membantu.

                     

1-Ambil sebiji bawang besar,kupas dan gosokkan pada kuali sebelun menggoreng,jangan bilas ,tuangkan minyak dan terus goreng apa saja makanan yang nak di goreng,kuali tidak akan melekat lagi.

2-ketika tengah menggoreng,makanan melekat pada kuali,masukkan garam kasar sedikit dalam minyak tadi,makanan yang melekat senang di terbalikkan.

                  

Wednesday, July 27, 2011

NOSTALGIA SUSU LEMBU ASLI

Kawan-kawan pernah minum susu lembu asli tak yang masih fresh dan baru di perah dari perut lembu?Sya banyak kali dah cuba,tapi dah lama dah,masa kecik-kecik dulu,sekarang ni susah nak dapat yang fresh dari ladang dah.

Teringat masa dulu-dulu,masa time-time kecik,arwah pakngah sya ada bela banyak lembu,waktu cuti sekolah,sya pasti akan melawat dia,bukan jauh pun tapi nak ke rumah  arwah pak ngah,kena tunggu cuti sekolah baru la dapat pergi,arwah tok pun tinggal bersama arwah pak ngah,jadi itu la alasan yang kami berikan untuk ke rumah arwah pak ngah.

Time ni la arwah pak ngah rajin melayan karenah kami walau pun anaknya dah ramai campur sya dan arwah kak sya,bertambah ramai la,Pak ngah samggup susah payah memerah,susu lembu untuk kami yang masa tu excited sangat nak minum,hampir 2 baldi penuh arwah pak ngah perahkan untuk kami.
      

Dulu tak ada peti ais,baki susu yang lebih kami minum, arah pakngah akan rebuskan dan simpankan dalam botol untuk kami minum lagi esok harinya,memang best la time tu,rasanya memang sedap.fresh,ada bau sedikit,kawan-kawan ada kenangan macam tu tak?
              
              

Sekarang ni semuanya tinggal kenangan,arwah pak ngah dah tak ada,arwah kakak dah tak ada dan arwah tok juga dah tak ada ,hanya kenangan ni la yang sya dapat ingatkan sampai bila-bila bersama mereka.

WORDLESS WEDNESDAY

          
  NOSTALGIA

Tuesday, July 26, 2011

SERUNDING

Kawan-kawan suka makan serunding tak,tak kira la serunding ayam ke daging,ha meh sya nak bagi resepi cara nak bua serunding,tapi ni cara sya yer.sebelum tu jom tengok rupa serunding yang sya buat,ni serunding ayam.
[serunding+1.jpg]


resepinya
1kg ayam
1/2 biji kelapa-ambil santan
10 tangkai cili kering-di kisar
8 biji bawang merah-di kisar
5 ulas bawang putih-dikisar
2 inci halia-di kisar
5 batang serai-di kisar
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 sudu ketumbar

cara buat
-rebus ayam,tos dan siatkan halus-halus
-air rebusan ayam boleh di gunakan untuk perah santan
dan ambil santan untuk 2 gelas besar.
-masukkan santan bersama bahan yang dikisar,daun kunyit,dan
daun limau purut ke dalam kuali
-masukkan daging ayam,garam gula scukupnya,kalau mahu boleh tambah perasa.
-tumbuk ketumbar yang telah di goreng tanpa minyak,masukkan dalam serunding.
-kacau serunding hingga betul-betul kering.


selamat mencuba