Monday, June 13, 2011

MAIN PASIR DI TEPI PANTAI

Cuti sekolah ni dapat lah main pasir kat tepi pantai,macam biasa la bawak anak2 main tepi pantai,kali ni emak dengan adik ikut sekali,punya la meriah penuh dengan riuh rendah,anak2 punya la seronok sangat.jom layan pic then jgn lupa komen yer suasana dia.






cantik kan view dia,hari pun cerah time ni



bila berada di sini terasa aman dan tenang ja


suasana yang terlalu aman dan damai,sekali tengok macam pulau dayang bunting kan,haha jangan tertipu,tempat ni berdekatan rumah sya saja simpang ampat bukit tambun.


aksi si kecik dengan mak su nya bermain air dan pantai

sesi makan-makan

abang dan si adik bermain pasir,best dorang main pasir.

si kecik bermain air laut


tengok apa tu dik,terdongak sampai macam tu.

aksi si kakak berbaring atas pasir

pengail-pengail tegar ni,aktiviti antara anak dan abah


abang dan si kecik bermain di tepi air,tengah tengok apa tu yer

kakak dan si abang mengutip kulit siput


my beloved mother,tak mau tunjuk muka,malu ke mak





tu aktiviti yang sempat buat time cuti,saja je bawak budak2 tu jalan2,bagi dorang seronok sikit. 

RINDUNYA KAT BLOG DAN KAT KAWAN-KAWAN SEMUA

Selamat pagi semua,hampir 2 minggu tak jenguk blog ni,rindu betul la,sya buat  entry auto publish sampai hari rabu hari tu jer.Apa khabar kawan2 semua,rindunya kat kawan2.Terima kasih yer sebab sudi tinggal kan komen kawan2,insyaallah sya akan cuba bw ke blog kawan2 tau.Slamat bertugas semula kepada yang bekerja,dan selamat memulakan persekolahan,kepada adik2 semua.

Wednesday, June 8, 2011

KORANG SUKA MINUM TEH HIJAU TAK?

Teh hijau  sedap tau di minum,sya suka sangat minum teh hijau tanpa gula,walaupun pahit sedikit,tapi memang suka la,orang kata teh hijau ni banyak khasiat,apapun sya lagi suka minum teh hijau dari teh biasa tu.



Ni salah satu brand yang sya suka minum sedap sgt tau,tak puas mnum,jom tengok khasiat teh hijau.


Tuesday, June 7, 2011

PENGAJARAN

Dah kehidupan bersama anak2 ja,so citer pun pasal anak2 je la,kalau ada yang menyampah tu sory lah yer,ni kisah anak sya yang kedua,mohd haqim.Dia ni suka sangat kata perkataan yang merapu-rapu mencarut la,Ya Allah sya tak pernah ajar dia perkataan macam tu,tak pernah sama sekali tapi dari mana la dia belajar,dah banyak kali rotan n warning tapi tak makan saman gah huhuhu




Akhirnya pada petang kemarin,apabila dia kata benda tu ada sorang pakcik lalu,kebetulan dia tengah kata benda tu,apa lagi pak cik tu marah la dia,siap warning lagi kat dia ,terus tiba2 melalak la budak ni,ha kan dah kena,dapat la satu pengajaran kat dia.


Pulak tu dia siap berjanji tak nak kata merapu dan mencarut dah,hahaha ambik ko.Tapi sya malu la jugak tau,mesti pak cik tu ingat sya tak pandai didik anak ni,huhu,padahal kita tak pernah pun ajar anak benda yang macam tu.