Thursday, December 8, 2011

PERKARA YANG P[ERLU DI LAKUKAN JIKA BANJIR BERLAKU

Sekarang ni musim banjir melanda,so apa kat kita kongsi apa yang perlu di lakukan kalau banjir melanda.

Persediaan Sebelum Banjir:
1. Elakkan daripada membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir;
2. Selenggara parit/longkang/saliran air supaya tidak tersumbat;
3. Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
4. Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
5. Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa;
6. Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
7. Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
8. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
9. Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
10. Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
11. Simpan/ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabot taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
12. Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
13. Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan;
14. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.

Apabila Berlaku Banjir:
1. Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
2. Ikuti arahan pihak berkuasa;
3. Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
4. Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
5. Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
6. Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti;
7. Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
8. Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
9.
Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras; dan
10. Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

Selepas Banjir Reda:
1. Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan daripada meminum air yang telah tercemar;
2. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
3. Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
4. Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
5. Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
6. Jika terserempak dengan haiwan liar/berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
7. Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
8. Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
9. Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah dengan segera.


    

4 comments:

Myra Jay said...

Apapun kita kena berhati-hati especialy masa banjir..


K.Sya boleh nak syer pasal jadual tu..

Prettywrite said...

haritu dah banjir gelombang pertama air dah masuk dapur..katanya banjir sampai gelombang ke4..huhu..harap2 tak jadi lebih teruk lah..tak sanggup nak pindah2..tak pernah alami tu..

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

Unknown said...

banjir..sekarang mmg musim banjir