Friday, July 29, 2011

CARA NAK JAGA RAMBUT UNTUK WANITA BERTUDUNG

Jom kongsi tips lagi yer kawan-kawan,kali ni kita tengok tips nak jaga rambut bagi wanita yang bertudung pulak yer.

1-Cuci rambut dengan teratur dua atau tiga hari sekali,gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut, selepas cuci rambut,pastikan rambut di keringkan sekering-keringnya sebelum memakai tudung.

2-Merawat rambut dengan menggunakan creambath,lakukan hair creambath seminggu sekali agar dapat mengekalkan zat untuk rambut,ini juga membuatkan kulit kepala kekal sihat.

3-Sapukan rambut dengan masker seminggu sekali untuk menjaga kekuatan rambut.

4-Pilih tudung yang materialnya dari kain kapas.ini dapat memudahkan udara mengalir untuk rambut. Jangan gunakan tudung yang tebal,dan berlapis-lapis.

5-Pilih warna tudung yang cerah pada waktu siangkerana arna gelap akan menyerap haba yang berlebihan pada rambut.