Thursday, January 12, 2012

SANGGUPKAH ANDA MELEPASKAN KERJAYA ANDA DEMI ANAK-ANAK?

Kebetulan,kazen sya dalam dilema sama ada nak berhenti kerja atau tak, memandangkan tak ada siapa nak jaga anaknya,apa yang membuatkannya berfikir sebegitu kerana pengasuh sebelum ni berpindah dan dia pernah hantar anaknya ke rumah pengasuh yang lain tapi anaknya di denda jangan makan hanya kerana si kecil yang berusia 3 dan 4 tahun tu nakal jer

kalau kawan-kawan sanggup tak lepaskan kerjaya demi anak-anak?dia ada minta pendapat sya,tapi tak tahu  nak bagi pendapat macamna,lain orang lain pemikirannya,kalau bagi sya,itu untuk kebaikan anak-anak tak salah,namun kena tengok juga ekonomi keluarga.Maklum la zaman sekarang semuanya perlukan duit.

Sya dulu pun masa anak yang sulung masih lagi bekerja sampai anak yang kedua,masuk yang ketiga bila anak mula bersekolah,sya terpaksa lepaskan kerjaya  sya untuk tumpukan pada anak.Mujur encik suami menyokong,sebelum buat keputusan berhenti kerja tu,kena fikir panjang-panjang dulu,dan bersedia dari segi kewangan.sebelum berhenti tu mmg buat saving sebanyak mungkin,maklum la dulu berdua kerja,tapi kini sorang,bukan apa takut jugak termiss belanja.

Namun Alhamdulillah,dengan beserderhana,duit yang di simpan terus disimpan.So sebelum buat sebarang keputusan kena la berbincang dan buat persediaan yang secukupnya.kawan-kawan setuju tak dengan pendapat sya?

RISIKO BAHAYA BERMAIN YOYO KANAK-KANAK?

Sya terjumpa artikel ni dalam satu magazine,bahaya dan risiko bermain yoyo,ingatkan yoyo permainan yang selamat rupanya tak juga,jom kongsi risiko dan bahayanya yoyo.


RISIKO TERCEKIK
Yoyo terdapat dalam pelbagai jenis ada yang di buat dari getah dan ada yang di buat dari plastik.Kanak-kanak kan lebih tertarik dengan yoyo yang dibuat dari getah kerana ianya lembut dan mudah lentur,Sebenarnya ia kurang sesuai pada  kanak-kanak  yang suka memasukkan benda dalam mulut,jika main tanpa pemantauan,tidak mustahil si kecil akan memasukkan mainan tersebut dalam mulut.

RISIKO TERJERUT PADA TALI
Tanpa tali yoyo tak dapat di mainkan,namun jika tali yoyo begitu panjang ia tak dapat di kendalikan dengan betul,malah kadang-kadang boleh menjerut leher sikecil

RISIKO TERCEDERA
ada yoyo yang jenis mudah melantun,terutama jika di balinh dengan kuat,oleh kerana kanak-kanak tidak berapa pandai mengawal lantunan,tidak mustahil kanak-kanak akan tercedera bila yoyo melantun naik.

itu serba sedikit yang sya dapat kongsikan berdasarkan apa yang sya baca,boleh bermain tapi hendaklah sentiasa dalam pemantauan ibu bapa





Wednesday, January 11, 2012

WORDLESS WEDNESDAY:MAKAN-MAKAN

entry ni penuh makan-makan je,ni masa aktiviti makan-makan kat rumah mak sya kat kampung,jemput tengok semua.

cucur keria

nasi goreng berempah


buah melaka


nasi daging

air asam


Tuesday, January 10, 2012

DAH DAPAT

Haritu  sya ada buat entry yang si kecik sangat suka la dengan lagu najwa latif cinta di muka buku,sampaikan raket badminton abang dan kakaknya di buat gitar.

My hubby ada belikan  gitar kecik untuk si kecik ni,apa lagi lagi best la nyanyi,siap dengan gaya lagi.

mulut tengah riuh rendah nyanyilagu najwa latif cinta
muka buku.ada gaya tak?

gitar kecik yang abah dia belikan,sangat sayang dengan gitar ni
jangan sapa-sapa pun sentuh,senang jamming,heheheh

tengah nyanyi lagi tu,penuh perasaan.


memang nak tergelak la tengok perangai si kecik ni,macam-macam lagu dia boleh nyanyi,hmmmm budak-budak zaman sekarang boleh hafal lagu cepat jer,tapi kalau suruh hafal ngaji,lambat.macam-macam