Wednesday, December 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

santai bersama anak-anak



main pasir

penuh aktiviti

ciptaan Allah

ombak memukul batu

tinggal jejak

biar gambar cerita kan segalanya



Tuesday, December 27, 2011

PESANAN DARI IMAM SYAFIE YANG BERMANFAAT

Petua dariimam syafie berikut mungkin boleh kita manfaatkan untuk kebaikan kita.jom tengok





Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

              

LEBIH DARI ANAK

Tajuk ntah apa-apa,minggu-minggu akhir nak bukak sekolah ni sibuk sangat dengan beli buku,dengan bayar yuran taski lagi,anak sya yang sulung dah nak masuk darjah enam,yang no dua nak masuk darjah satu,dan yang ketiga macam tahun lepas sekolah taski.

Apa yang sya risaukan sekarang ni anak yang kedua tu la,dia kan nak masuk darjah satu,macamna la nak hadapi karenah dia nanti,selalunya masa taski hari tu dia bangun lewat untuk ke taski sebab taski masuk pukul 8.30.ni nak masuk darjah satu kena kejutkan awal,dia ni dah la susah nak bangun tidur,jenuh kejutkan.

Yang keduanya pula apa yang merisaukan,macamna dia nak berbelanja wang sekolahnya,dia tak biasa membeli,dia kenal duit tapi tak pernah membeli,risaunya bila fikir.sekarang pun dia dah mula tanya,macamna dia nak membeli nanti,memang la sya dah buat bekalan untuk dia,tapi mana la tahu dia teringin nak makan apa-apa ke kat kantin.

Lagi satu,sya nak hantar dia kafa,maknanya pagi dia sekolah pagi n petang dia kena ke kelas kafa,tapi dia macam taknak ja siap tanya lagi,kenapa bang mesti sekolah pagi petang.huhuhu jenuh nak menjawab

Anak yang nak masuk sekolah sya pula yang banyak fikir,macamna keadaan dia,boleh ka dia belajar,berdebar-debar la pulak rasa hati.
ni la budak yang banyak songeh nak masuk darjah satu

Monday, December 26, 2011

MENGAPA WANITA SUKA DI PELUK

Kebanyakan lelaki tidak paham dan faham, mengapa wanita sangat suka dipeluk? Bagi lelaki, pelukan hanyalah soal fizikal saja, namun tidak  bagi wanita, kerana pelukan menyimpan makna yang lebih dalam.

Pelukan memberi kebaikkan besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan bila-bila masa secara spontan. Bagi Anda yang a tak biasa dipeluk maupun memeluk, mungkin Anda perlukan sedikit tips.

Belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan Anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan jaga selalu bertentang mata dengannya.
Berikut, sedikit gambaran sisi positif dari pelukan.

Mengapa wanita suka dipeluk?
perbuatan memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggung jawab memancing apa yang disebut para ilmuwan dengan ‘sepasang ikatan’. ertinya, pelukan membuat pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Dalam hubungan cinta, pelukan mampu menciptakan ikatan di antara lelaki dan wanita.Sebuah penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang memeluk secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang  bukan seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka.
Oksitosin dilepaskan dari otak akan menerbitkan perasaan bahagia dan tidak stres. jadi, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap sesebuah hubungan.

Namun begitu bagi pasangan yang belum mendirikan rumah tangga,jangan cuba-cuba yer,nanti berdosa.