Alhamdulillah anak-anak kembali aktif semula,si abang yang nombor tiga dah kembali ke sekolah dan si kecik pun dah ceria balik,syukur sangat-sangat.harap-harap entry yang sya buat sebelum ni tentang tragedi aidiladha di mana anak-anak terminum coolent mesin(ethelene glycol) dan di masukkan ke hospital menjadi pengajaran pada semua agar jangan letakkan cecair kimia merata-rata terutama yang ada anak-anak yang masih kecil.
Kanak-kanak memang tak pandai membezakan mana minuman dan mana racun.syukur alhamdulillah, hati sya berbunga kembali bila melihat mereka semakin aktif.kalau tak tak tahu la macamna nak gambarkan.
Thursday, November 10, 2011
Wednesday, November 9, 2011
TRAGEDI AIDILADHA
Dah empat hari blog ni sunyi sepi dari sebarang entry bukannya apa,sya teramat la sibuk dan tersangat lah letih memandangkan anak yang ketiga dan si kecik baru je keluar hospital.
Sambutan aidiladha pun tak semeriah seperti selalu walau rumah mertua tumbangkan 4 ekor lembu,sya beraya di hospital jer.Aidiladha kali ni yang paling pahit sya rasakan.
Untuk pengetahuan semua anak-anak sya yang ketiga dan keempat terminum coolent mesin(ethylene glycol) kat rumah my mil.huhuhu.
Betapa macam gelap dunia sya rasa kan masa tu,semuanya secara tak sengaja.tak ada salah sapa-sapa pun dalam hal ni,tapi bila dah ramai-ramai masa korban hari tu,ada pulak yang keluarkan cecair tu yang warnanya serupa sangat macam air teh.

tak tahu nak gambarkan macamna lagi perasaan sya masa tu.ngeri bila fikirkan cecair kimia tu dah masuk kedalam perut anak,bila bawa ke hospital,lagi la sayu tengok proses nak keluarkan balik cecair tu dari perut mereka,tiub di masukkan melalui hidung beserta ubat,bayangkan la time tu anak2 minta tolong pada sya agar jangan jolokkan tiub tu dalam hidung mereka terutamanya si kecikyang tak tahu apa2,badan tangan dan kaki di ikat gulung dalam selimut agar tak meronta- ronta.Ya Allah betapa sya tak dapat menahan air mata tengok keadaan mereka.
Selepas di masukkan tiub dalam hidung,si kecik mula muntah-muntah sampai lembik,namun si abang yang ketiga tak muntah,sebelah lagi tangan di dripkan air.Time tu bila tengok anak-anak dah lembik sya memang dah tak tahu nak kata apa dah sambil pangku anak2 sambil nangis je.
Kes anak-anak di rujuk pada pusat racun negara,dan mereka nasihatkan doktor n nurse yang bertugas agar memantau perkembangan anak-anak selama 48jam,takut-takut ada efect kat darah,jantung otak dan buah pinggang.sambil tu ubat di masukkan melalui air yang di dripkan.Najis dan air kencing akan di timbang selalu,bagi memastikan tak da efect pada ginjal,setiap awal pagi dan malam darah akan di ambil untuk diperiksa agar cecair tu tak masuk dalam darah.huhuhuhu betapa sedihnya dengar anak-anak meraung tiap kali darah di ambil.
Namun Alhamdulillah,setelah tempoh 48jam pemantauan berakhir,mereka di benarkan keluar,gembira nya hati sya bila tengok dorang dah aktif kembali.kelmarin balik kerumah.lega rasa hati.Lepas ni kena bagi perhatian super lebih kat anak-anak yang aktif-aktif belaka ni.

walaupun sakit tapi muka dia tetap ceria,masa ni baru lepas buang tiub dari hidung,
baru lepas ambik darah
si kecik ni sentiasa merengek akibat takut sangat dengan jarum
sepanjang masa kat hospital tak berenggang dari sya,masa ni baru je lepas amk darah.
Ini la peristiwa yang paling pahit sya rasakan,bila tengok 2 orang anak terlantar kat hospital,andai kata kesakitan yang mereka alami tu boleh berpindah pada diri sya,sya sanggup.Nanti sya buat entry pasal korban pulak,pic ada dalam draf,tapi nak tulis dah tak larat dah,2 hari tak dapat tidur dengan sempurna.
Friday, November 4, 2011
AJAR ANAK MAKAN SAYUR
Tips Ajar Anak Makan Sayur dan Buah
Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah.
1. Ibubapa sebagai contohAnak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.
2. Kreatifkan Hidangan
Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.
3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak
a. Hijau
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).
Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.
b. Merah
Mengandungi likopen dan asid elagik.
Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.
c. Kuning-jingga
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.
d. Putih
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,
e. Biru-ungu
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.
Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.
Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.
4.Libatkan Mereka
Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.
Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card.
10 AMALAN YANG MENJEJASKAN OTAK
10 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak!
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)