Tuesday, October 11, 2011

SERBA SALAH

Kadang-kadang apa yang kita buat serba salah dan tak kena di mata orang,contohnya
 
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI

Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'

Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

=>Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..

Monday, October 10, 2011

KHASIAT TEMBIKAI SUSU

 siapa kenal buah tembikai susu sila angkat tangan?bukannya sya nampak,buah tembikai tembikai susu ni banyak khasiatnya kawan-kawan,selain sedap di makan,jom tengok khasiatnya.
 
Khasiat tembikai susu - ideal untuk diet

1. Mengandungi potassium. Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium. Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
4. Mengandungi vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya. Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.

TOLONG SABARKAN SAYA

Di pagi isnin yang indah ini mood dah nak jadi blues,hehehe,macam la sya ni bekerja nak blues,blues,mood dah separuh tak baik.so wat lawak dulu.

Ni kisah anak-anak pagi tadi la sebelum ke sekolah masing-masing,kalau dulu dorang requestkan nak makan macam-macam,tapi yang ni masing-masing mencabar kesabaran sya.Awal pagi sya antar anak sulung ke sekolah,sampa jer depan sekolah dah salam peluk cium bagai,dah start motor nak balik,tiba-tiba si kakak ni cakap "alah ibu kawan-kawan semua pakai baju sukan la,kakak lupa".patah balik untuk bawak dia bertukar ke baju sukan,tak pa awal lagi.then hantar ke sekolah sekali lagi,sampai depan sekolah,"ibu kakak lupa bawak pencil case",aduh kali ni sya patah balik sorang jer suruh dia tinggal kat sekolah,ni lah akibatnya kalau tak ready awal-awal kakak oii,selalu tak macam ni pun.tak pa sabar lagi.

Sampai rumah budak dua orang yang nak ke taski tu belum bangun,pas bangunkan dan mandikan,terus hantar ke taski,dalam perjalanan nak dekat sampai tiba-tiba yang no 3 kata"ibu kasut jatuh"(maklum la nek moto).patah balik  n cari la kasut dia tu,rupanya jatuh dekat dengan lorong rumah sya,huhuhu dah jauh rupanya baru bagi tau.sabar,sabar.terus hantar ke taski balik.

Sampai jer cikgu bagitau yang hari ni ada sukaneka kat taski kena pakai baju sukan,budak berdua tu pakai uniform,alah kena patah balik lagi ambik baju sukan,huhuhu penatnya,bayangkan la,kenapa la budak dua orang ni tak bagi tau kan cikgu dah bagi surat,rupanya surat dah di buat kapal terbang huhuhuh,sabar je lah.

Nak marah tak sampai hati so sya diam kan je la.nasib baik dekat(dekat2 pun 10mnt juga).macam nak letup jer dalam hati,tolong sabarkan  sat.

Friday, October 7, 2011

LAIN-LAIN

Walaupun “~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~”

INGATLAHHH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaa siin d pusara kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN"..-)