Friday, September 9, 2011

LAGI PETUA UNTUK RAMBUT BERUBAN

Dulu sya pernah kongsikan petua untuk rambut beruban,kali ni sya nak kongsi  lagi petua untuk mengurangkan uban,semoga kita dapat manfaatnyer yer.

Ambil beberapa helai daun rambutan,tumbuk hingga hancur,kemudian masukkan dalam satu bekas tambah kan sedikit air,ambil penapis dan tapiskan ramuan ini,kemudian selepas ditapis air tapisan itu di sapukan pada kulit kepala,lakukan setiap hari.

                      

CERITA BIASA

Mood raya masih lagi adakan,rakan-rakan blogger semua meriah jer dok cerita pasal raya yang dah berlalu,sya tumpang seronok dapat dengar cerita dari rakan-rakan semua.

Mesti ramai yang nak dengar cerita raya kan,bg sya tak ada apa yang menarik pun,rayakan untuk anak-anak bergembira,kalau yang jauh dapat balik kampung sekali sekala best la,bagi sya yang tiap-tiap minggu balik kampung,biasa saja.

Cuma di hari yang mulia ini dapat bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan yang jarang bertemu jer la.Sya tak sempat pun nak ambik gambar hari raya hari tu memandangkan bizi dengan tetamu,pagi raya pertama beraya di rumah mil,sya menantu perempuan sulung dan tunggal,mesti sibuk la.

Balik rumah mak sya,petang raya,dan sya juga anak perempuan yang paling tua dalam keluarga,tetap sibuk jugak,so tak dapat snap picture pun.huhuhu.sya tumpang dengar cerita kawan-kawan je la.

Thursday, September 8, 2011

WAJIB ADA DI HARI RAYA

Rasanya kalau tak ada makanan-makanan ni di hari raya mesti tak bestkan,

                           
setiap kali hari raya mesti ada ketupat,tak kira la dibungkus dengan daun kelapa atau daun palas
                      
                                          lemang yang menjadi kegemaran ramai
                     
   rendang yang akan di cicah bersama ketupat ataupun lemang,tak kira la rendang apapun daging,ayam  dan   sebagainya
                     
                                serunding pun di makan bersama ketupat atau lemang
                    
                                                 kuah kacang



yang mana satu menjadi kegemaran kawan-kawan?sya paling suka  lemang ,makan bersama rendang atau serunding,kuah kacang tak berapa suka sangat.kawan-kawan macamna?

SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA.

Hari ni 10syawal,semasa hantar anak-anak ke taski sya di kejutkan dengan kematian suami seorang rakan sya kat sini,yang sya panggil kak farah,kak farah ni selalu berbual,bercerita dengan sya tiap kali kami berjumpa semasa menghantar anak mengaji Al-Quran kat kawasan perumahan kami.

Takziah pada keluarga kak farah,semoga kak farah tabah menghadapi dugaan ni.Kesiankan bila mengenangkan anak-anak kak farah yang terlalu rapat dengan arwah abah mereka,kak farah pulak tak kerja apa hanya surirumah sepenuh masa,sekarang kehilangan pulak tempat bergantung,hanya Allah yang tahu.

Bila mengenangkan nasib kak farah ni,sya jadi insaf sangat,sebab sya pun surirumah sepenuh masa juga,hanya berniaga kecil-kecilan,bila hilang tempat bergantung macam tu tentu kalut kan tambah lagi anak-anak masih bersekolah.Itu yang menjadikan sya insaf,sebagai surirumah 80% punca pendapatan dari suami,kalau suami tak ada tentulah susah.

So mulai sekarang kena lah pandai kawal perbelanjaan,untuk saving lagi lebih,memang tiap-tiap bulan ada saving,tapi sya berazam nak saving lagi lebih,kan malang tidak berbau,so sediakan payung sebelum hujan.kawan-kawan macamana,jom-jom kita pakat-pakat saving pendapatan kita,terutama sekali pada suri-surirumah tu,kawal perbelanjaan kita yer insyaallah,kita boleh buat,sebab jika terjadi sesuatu,contohnya seperti kak farah tadi.kita dah ada alternatif lain menyara keluarga sebelum kita dapat sumber pendapatan lain,tak la terkapai-kapai.

ALFATIHAH UNTUK SUAMI KAK FARAH