Thursday, June 30, 2011

SPECIAL UNTUK SI KECIK

Si kecik ni murah rezeki,asyik dapat baju jer,baru-baru ni ada sorang kakak tu bagi baju kat si kecik ni,kaler pink pulak tu,cantik sangat,sya suka sangat tengok si kecik pakai baju ni.cute jer.
Gambar kabur sikit sebab si kecik ni suka ganggu,dia sangka sya nak ambik baju dia la tu.Kedekut tau si kecik ni.

Ni pic si kecik berbaju kurung tu,nampak tak tangan sapa tu,tangan kakak la tu,umah tengah bersepah keja dorang,adeh la,dah la ibu dorang ni tak sihat.Macam-macam peel tau.

DEMAM

Selamat pagi kawan-kawan,harap semuanya sihat hari ni,huhu,sya demam,dari kemarin lagi,sebab tu kemarin tak bape jengah rumah kawan-kawan semua.

Tak larat sangat nak bangun,encik hubby pulak tak keje,nasib baik lah dia ada tolong uruskan anak-anak,sya syik tido jer,tapi petang kemarin juga encik hubby pergi kelantan,so semalam tinggal dengan anak-anak ja.

Takut?sunyi? tak da istilah tu dalam diri,sebab syik layan tido jer,anak-anak pun tak banyak karenah.Hari ni masih lagi bersisa demam tu,tapi baiklah sikit berbanding kemarin,kemarin sehari tak sentuh periuk kat dapur,encik hubby tapaukan jer dari luar,sungguh-sungguh tak bermaya.
                
                    

Wednesday, June 29, 2011

AGAR ANAK MUDAH BUAT KERJA SEKOLAH

Kawan-kawan pernah tak menghadapi masalah anak-anak susah nak menyiapkan kerja sekolah yang cikgu beri,sya selalu menghadapi masalah ni,tau lebih lagi anak lelaki,jom kita tengok cara-cara agar anak mudah buat keja sekolah,mana lah tahu cara-cara yang di senaraikan ni boleh mengubah tabiat anak kita.

1-SENTIASA TEKANKAN PADA ANAK KERJA SEKOLAH PENTING.
Anak perlu tahu bahawa kerja sekolah yang cikgu berikan adalah penting dan suruhlah dia siapkan kerja sekolahnya dengan segera,katakan padanya kalau dia mahu jadi seorang yang berjaya perlulah bermula dengan membuat kerja sekolah yang cikgu berikan.

2-TETAPKAN WAKTU KHAS.
Sediakan satu waktu yang khas untuk anak anda yakni jadual masa untuk menyelesaikan kerja sekolah agar tidak bertindih dengan masa main anak-anak.

3-PILIH TEMPAT YANG SESUAI.
Sediakan tempat yang sesuai agar anak-anak dapat buat kerja sekolah dengan selesa,pastikan pencahayaan tempat anak-anak belajar sesuai dan tidak bising.

4-AWASI PENGGUNAAN MEDIA.
Pastikan jadual membuat kerja sekolah tidak bersamaan dengan siaran rancangan kegemaran anak-anak,supaya anak-anak tidak resah memikirkan rancangan tv kegemarannya.simpan permainan video pada waktu membuat kerja sekolah,takut anak-anak malas nak buat keja sekolah dan tak dapat beri tumpuan kerana terfikirkan mainan video.

5-BERI PUJIAN.
Bila anak dah siap lakukan kerja sekolah puji lah dia,kerana dia berjaya menyebelajarlesaikan kerja sekolahnya.
                             
                                     


Ha tu lah dia diantara cara-caranya,jom kita sama-sama praktik kan untuk anak-anak kita.

KUETIAU THAILAND

wah sejak dua tiga menjak ni sya asyik kongsi resepi jer kan,bukan apa saje jer nak kongsi dengan kawan-kawan makanan kesukaan sya,kali ni jom tengok cara nak buat kuetiau thailand plak sedap tau.

BAHAN-BAHAN
1 bungkus kuetiau
5 ketul ayam
4 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 peket fishball
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
sedikit rempah sup dan rempah kurma
sedikit garam
sedikit pati ayam
sedikit sawi
sedikit halia
daun bawang
daun sup


CARA MEMASAK
-tumbuk bawang putih,bawang merah dan halia
-panaskan minyak dalam periuk tumis bahan yang di tumbuk tadi bersama bunga lawang,cengkih dan kayu manis
-bila perang masukkan air dan ayam
bila menggelegak,masukkan rempah sup dan rempah kurma
-masukkan garam dan pati ayam
-biarkan mendidih masukkan cili padi
-hidangkan bersama sawi,fishball yang direbus



                                       pic credit from google