Wednesday, June 22, 2011

5 CARA MINTA MAAF PADA YANG TERSAYANG

1-TELEFON
Telefon lah orang yang anda sayang untuk minta maaf,mendengar suara anda yang tulus dan lembut,biasanya menyebabkan hati orang yang anda sakiti sejuk kembali,akui lah kesalahan anda.minta maaf secara bersungguh-sungguh.

2-SURAT
Surat boleh di gunakan terutamanya jika terlalu takut dan tidak ada keyakinan diri,untuk mengucapkan kata maaf,haruslah bijak menyusun ayat agar permohonan maaf anda di fahami.

3-EMAIL
jika sukar untuk berkomunikasi melalui telefon atau surat,hantarlah email sebagai pengganti diri.ia ibarat surat,luahkan saja perasaan atau apa-apa sahaja kata-kata maaf anda.

4-KIRIMKAN HADIAH
mungkin juga boleh mengirimkan jambangan bunga,kad,kek,buah-buahan atau hadiah untuk mengungkap kan kata -kata maaf,setidak-tidaknya hati yang panas menjadi sejuk apabila menerima hadiah.

5-BERTENTANG MATA(FACE TO FACE)
Mungkin cara ini menakutkan,apatah lagi jika kesalahan besar dan amat mengguris hati,jika merasakan cara ini yang  terbaik,untuk  memohon maaf teruskan,hilangkan ketakutan anda dan luahkan kata-kata maaf dengan rendah hati. 
                          


berikan waktu,untuk orang yang kita buat salah menenangkan fikiran kemudian barulah dekati dia dan minta maaf kembali.

SESIAPA YANG ADA??

                              Pictures of  Coklat home made
                                                pic from google


sya teringin sangat nak buat coklat sendiri,kat rumah,sya nak minta tolong kawan-kawan ni sesapa yang ada resepi buat coklat yang mudah dan ringkas,boleh tak kirimkan resepi kat sya,emailkan jer kat ct.khadija@yahoo.com.my . teringin sangat-sangat nak cuba,harap ada lah yang sudi berikan yer.tq

HILANGKAH RASA KASIH SAYANG?

Pagi-pagi bila nak hantar anak ke sekolah,sya selalu dengar sinar fm dari dalam kereta,kemarin ada terdengar luahan sorang suami yang rimas bilamana isterinya terlalu ambik berat,bila asyik menelefon jer bertanya dia kat mana tengah buat apa,

memang la merimaskan kan bila asyik di tanya macam-macam oleh pasangan,tetapi apa yang sya nak kongsikan di sini,kot yer pun tak puas hati dengan si isteri jangan lah sampai meluahkan dalam media masa,malu la si isteri bila suami komen macam tu,dan dapat di dengar semua orang.

memang la dalam radio mana bole nampak muka,tapi suara cik abang tu bole di dengar dan di cam oleh orang yang terdekat.kot yer pun tak puas hati dengan isteri cuba lah bawak berbincang di rumah elok-elok,tak payah lah sampai meluahkan dalam radio yang semua orang dengar.kasihan lah pada isteri anda,kot ada yang mendengar mengenali anda.

benda boleh di bawa berbincang cuba lah berbincang,terus terang jer pada isteri,insyaallah dia akan faham.perkara kecil jangan lah di besar-besarkan.

                              

Tuesday, June 21, 2011

JOM BUAT KARI REMPAH SENDIRI

orang dulu-dulu masak kari guna rempah giling,kari@gulai dorang berbau wangi dan sedap jer,zaman sekarang ni semua kemudahan ada so tak payah lah kita mengiling lagi.

sya sendiri pun buat kari tak pakai rempah yang di jual kat kedai,tapi pakai rempah yang di buat sendiri,encik hubby tu dia tak suka makan rempah yang dah siap dah,so kena belajar dari mertua buat rempah ni.sekarang tak payah mengiling dah,just blender jer,

jom kita tengok cara nak buatnya,tapi ini semua anggaran je yer kawan2,ikut kapasiti dan kuantiti ikan la,

bahan-bahan rempah ratusnya
jintan manis-dalam anggaran 2 camca
jintan putih-dalam anggaran 1 camca
lada hitam-dalam anggaran 1/2 camca
ketumbar biji-dalam 4 camca
serbuk kunyit-dalam3/4 camca
cili kering-dalam 12 tangkai

                          gambar sekadar hiasan

blenderkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga halus,jangan lupa tuang kan 2 sudu minyak semasa mengisar bahan tersebut,kerana fungsi minyak adalah supaya bahan-bahan tadi cepat halus.
kemudian tumiskan bahan-bahan kisar tadi seperti anda membuat kari,tapi rempah ni kena tumis lama sampai hilang bau rempah,dan naik minyak,lebih kurang 25 minit macam tu.

ni masa menumis rempah tu,masa ni rempah belum pecah minyak lagi,mesti selalu di kacau takut hangus

begini lah rupa rempah yang dah pecah minyak@dah naik minyak,harus terus di kacau lagi yer,masa ni anda bole masukkan santan,asam,dan garam.lepas tu biarkan sekali didih baru masukkan ikan,dan masak sampai ikan tu masak,boleh letak kacang bendi,tomato atau cili muda,untuk menyedapkan lagi,tapi sya cuma letak kacang panjang jer sebab bahan-bahan tu tak ada,

ini lah rupanya bila dah masak,simple je,masih dalam periuk lagi,haha


itu jer yang dapat sya kongsikan,maaf yer ayat berterabur jer maklum la tak pernah kongsi resepi dengan orang,main belasah jer,tak pandai nak susun atur ayat cantik-cantik.